WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, November 4, 2014

Re: pkwr.n04ayerhitam.postin

Watch this article

Sunday, October 28, 2012

Ijtimak Korban Perdana 2012



Ayer Hitam - 28 Okt

PAS Kawasan Jerlun dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam dan Pusat Khidmat DUN (PKD) Kota Siputeh telah menganjurkan Ijtimak Korban Perdana 2012 pada 28 Okt 2012 di perkarangan Markaz PAS Kawasan Jerlun, KM 22, Kg Lubuk Pinang. Dalam majlis tersebut, YB Ust Abd Ghani telah menyampaikan  tazkirah berkaitan kepentingan mengadakan qurban dan petikan sejarah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail AS. Seterusnya YB telah menyampaikan sumbangan daging qurban kepada Pengerusi & Setiausaha MKK untuk dibawa pulang dan diberikan kepada golongan yang berhak di kampung masing-masing.
      
Dalam Ijtimak Korban tersebut, sebanyak 12 ekor lembu telah dibuat korban di mana sebanyak 532 bungkus berjaya diagihkan kepada semua Pengerusi & Setiausaha MKK. Buat julung kalinya inilah pertama kali majlis seumpama ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Jerlun, PKWR dan PKD. Acara tersebut bermula seawal jam 7 pagi lagi di mana semua lembu telah dikorban di pusat penyembelihan lembu di Kg Tempayan Pechah dan seterusnya dibawa ke Markas PAS Kawasan Jerlun untuk dibungkus dan diagihkan. Majlis tersebut selesai sekitar jam 12 tengahari dan diakhiri jamuan kepada semua yang hadir.         

Tuesday, October 16, 2012

Lawatan YB ke rumah mangsa angin puting beliung

 Ayer Hitam - 14 Okt 2012


YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad, ADUN Ayer Hitam telah melakukan lawatan segera ke rumah mangsa tiupan angin puting beliung pagi kelmarin di sekitar Kg Pida 4 dan Pida 5 Matang Gelok, Mukim Jeram. Kehadiran YB ADUN Ayer Hitam diiringi Sdr Wan Yusof B Wan Jusoh selaku Pegawai Khas dan 2 orang MKK iaitu Hj Che Kar B Che Said dan Rosli B Osman. 

Mengikut Encik Hashim B Morad (gambar kiri), kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang secara tiba-tiba tanpa ada angin ataupun hujan. Ketika  kejadian, beliau sedang berehat di dapor bersama anak dan isteri. Beliau bersyukur kepada Allah kerana tiada sebarang kecederaan yang menimpa keluarganya.Dalam kunjungan ke rumah beliau, YB telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebagai tanda ingat di atas musibah yang menimpa.


Beginilah keadaan bumbung rumah Ahmad B Idris yang diterbangkan angin puting beliung. Ketika kejadian beliau tiada di rumah. Beliau bergegas pulang apabila dimaklumkan oleh isterinya atas musibah yang menimpa rumahnya. Beliau juga bersyukur kepada Allah kerana ahli keluarganya dalam keadaan selamat.      
YB turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada suami Puan Jamaliah Bt Aziz ketika menziarahinya. Beliau menceritakan detik kejadian angin puting beliung yang berlaku cukup pantas. Kesannya atap anjung rumahnya diterbangkan ke jalan manakala atap dapor diterbangkan bersebelahan rumah ibunya. Dalam lawatan tersebut YB btelah meminta Pegawai JKM dan Juruteknik Pejabat Daerah Kubang Pasu serta Penghulu, Encik Azizi B Abdullah membuat bancian kerosakan yang menimpa 9 buah rumah mangsa yang terlibat.

Tuesday, March 27, 2012

ADUN ziarah mangsa ribut

26 Mac 2012, Kg Hutan Setali Mk Tunjang

ADUN Ayer Hitam, YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad bersama Pegawai Khas, Encik Wan Yusof B Wan Jusoh serta Pengerusi MKK, Ust Hj ibrahim B Yahya telah menziarahi mangsa ribut jam 6.30 petang tadi dan meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu dengan mereka. Seramai 3 orang penyewa rumah kedai telah meerima musibah tersebut kira-kira jam 5.30 petang kelmarin. Walau bagaimanapun tiada kecederaan kepada mangsa yang terlibat kecuali atap rumah kedai mereka diterbangkan angin.


Bagi Saaidun B Saad, 37 Tahun telah menyewa rumah kedai tersebut sejak 12 tahun yang lalu. Beliau membuka bengkel membaiki motorsikal dan tinggal di rumah kedai tersebut yang bersebelahan dengan bengkelnya. Kerosakan berlaku di bahagian dapor rumah di mana bumbung rumah tersebut diterbangkan angin. Beliau menyasarkan kerugian sekitar RM 6000. Beliau tinggal di situ bersama seorang isteri dan 5 orang anak yang masih bersekolah. Ketika kejadian tersebut, beliau berada di bengkel dan sempat melihat kejadian ribut. Sepanjang tinggal di situ beliau mengalami musibah ribut 2 kali iaitu 2002 dan 2012. Beliau bersyukur kepada Allah kerana isteri dan anak-anaknya selamat.    


Selain daripada itu, turut menjadi mangsa ialah pemilik bengkel membaiki kereta dan menjual tayar iaitu Mohd Khusairi B Ibrahim,27 tahun. Beliau yang menyewa 5 pintu kedai tersebut pertama kali menghadapi musibah ribut di kedainya. Beliau juga tinggal di rumah kedai bersama seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. Kerugian dianggarkan bernilai RM 10,000 di mana sebuah mesin yang digunakan di bengkelnya didapati rosak selepas kena air. Ketika kejadian beliau berada di bengkelnya.Ketika waktu malam, beliau menghantar isteri dan anak-anak bermalam di rumah keluarganya.   
Beginilah keadaan kedai tayar kepunyaan Encik Mohd Khusairi yang dapat dilihat dihujungnya keadaan bumbung yang telah diterbangkan angin kuat yang berlaku 5.30 petang kelmarin.

Dalam masa yang singkat itu, YB Ust Ghani menasihatkan mereka agar tabah menerima ujian Allah dan ketabahan itu akan digantikanj dengan rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus. Sebelum pulang, YB Ust Ghani telah menghulurkan sumbangan sebagai tanda simpati di atas musibah yang menimpa. Beliau akan memastikan bantuan segera dapat dihulurkan oleh jabatan kerajaan yang berkaitan kepada mangsa ribut.  

Monday, March 26, 2012

Wau : kembalikan nostagia zaman silam-YB Ust Ghani

25 Mac, UPU Matang Bonglai -
PKWR & Penyelaras MKK Jerlun menganjurkan pertandingan wau mulai 20 - 25 Mac 2012 di Dataran UPU Matang Bonglai. Seramai 34 peserta telah mengambil bahagian dengan 582 ekor wau dipertandingkan. Program ini sungguh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Ada  di antara peserta yang datang daripada Perlis dan Pulau Pinang selain peserta tempatan. Program ini turut mendapat sokongan daripada Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Dato Dr Hamdan B Mohd Khalib dan YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad selaku ADUN Ayer Hitam.   


Sepanjang pertandingan wau tersebut berlangsung 5 hari, ramai peserta yang terlibat mengambil bahagian dalam banyak siri pertandingan dengan jumlah wau yang banyak meskipun harga setiap ekor wau didaftarkan dengan harga RM 5 sahaja. Ada yang bertanding 5 ekor, 15 ekor dan 25 ekor. Ini menunjukkan minat yang mendalam di kalangan mereka terutamanya golongan tua di mana pertandingan wau telah mengembalikan nostalgia di zaman silam ketika mereka muda remaja. Kelihatan YB Ust Ghani menyampaikan hadiah utama berupa TV Plasma 32 inci kepada Encik Abdullah daripada Kg Padang Lalang, Kepala 20.


Encik Abdullah juga turut memenangi tempat kedua pertandingan wau dengan hadiah sebuah basikal Pixcy. Bagi Encik Abdullah, beliau rasa gembira dan berbaloi dengan kos yang dikeluarkannya kerana kedua-dua hadiah yang dimenangi itu mencecah harga RM 1300 . Pihak Penganjur telah menyediakan hadiah yang lumayan kepada peserta yang berjaya seperti kipas angin, pembakar roti, pemanas air elektrik, dapor gas, set periuk serta hamper bagi cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh penganjur menarik minat kanak-kanak hingga mereka menunggu acara selesai.


        
Pihak penganjur dan urusetia pertandingan wau menunjukkan isyarat bagus selepas berakhirnya pertandingan wau tersebut. Bagi mereka masa yang dihabiskan selama 5 hari itu cukup mengembirakan kerana mendapat sambutan di luar dugaan. Purata kehadiran orang ramai menyaksikan pertandingan wau sekitar 800 - 1000 orang setiap hari. Pertandingan wau ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Pelayang Kedah yang pernah menjadi peserta di peringkat kebangsaan sejak 2008 hingga sekarang.  

Monday, February 20, 2012

Bolasepak bendang meriah - ADUN Ayer Hitam

PKWR DUN Ayer Hitam dengan kerjasama MKK Zon 5 Ayer Hitam telah menganjurkan perlawanan bolasepak bendang pada 18 Februari 2012 di Kg Padang Tui, Ayer Hitam. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad selaku ADUN Ayer Hitam merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa teruja dan gembira melihat anak muda yang lengkap dengan jersi bola sepak masing-masing menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam menyertai pertandingan. Seramai 16 orang  MKK telah menghantar satu pasukan yang mewakili kampong masing-masing di mana Ketua Kampong bertindak sebagai Pengurus Pasukan.

(Kelihatan YB Ust Abd Ghani, Ust Mohd Nazri Ibrahim selaku Pengarah PKWR dan Encik Saidin, Ketua Polis Balai Ayer Hitam dalam majlis perasmian)   

    
Perlawanan bolasepak 7 sebelah tersebut bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 6.30 petang. Seramai 17 pasukan yang menyertai perlawanan bolasepak bendang termasuk satu pasukan daripada Balai Polis Ayer Hitam. Kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 500 orang di mana pihak penganjur menyediakan jamuan tengahari kepada mereka. Ironisnya, para pemain akan berhenti rehat dan solat Zohor dan Asar secara berjamaah di atas padang tersebut.

(YB Ust Abd Ghani dengan gaya tersendiri membuat tendangan penalti dan masuk ke dalam gol sebagai gimik perasmian)

Dalam pertandingan tersebut, Kg Kuala Tunjang telah muncul sebagai Johan dengan meraih hadiah wang tunai RM 300 dan hadiah berupa Sajadah kepada setiap pemain.Naib Johan dengan wang tunai RM 200 dan Sajadah dimenangi oleh Kg Pekan Ayer Hitam manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Kg Jerlun Hiler dan Tandop Kedabu masing-masing dengan hadiah wang tunai RM 100 dan Sajadah. Hadiah disampaikan oleh Encik Hussain B Omar (Penghulu Mukim Jerlun) dan Encik Wan Yusof B Wan Jusoh (Pegawai Khas Exco). 



(Mohd Fauzi B Ghazali selaku pengadil telah menerima bolasepak daripada YB Ust Abd Ghani untuk pertandingan bolasepak bendang)


















Thursday, December 22, 2011

Program YB Hari Ini

10.30 pagi di Dewan Padang Sera, Kodiang.
Majlis Penyampaian sumbangan basikal kepada 70 orang keluarga miskin dalam DUN Ayer Hitam & DUN Kota Siputeh.
Anjuran :  Pejabat Kebajikan Daerah Kubang Pasu

11.30 pagi di Pejabat Penghulu Mukim padang Perahu
Majlis bacaan Yaasin sempena memasuki pejabat baru dekat Homestay Padang Perahu

1.00 tengahari
Menghadiri kenduri kahwin di Rumah Hj Mahamad Nasir B Hj Arshad di Kg Bohor Karang, Jerlun 

05.30 petang
Majlis Penyampaian Khemah kepada Pakatan Kenduri Kg Kuala Jerlun

06.30 petang
Majlis Dialog & Bersantai dengan pemuda Kg Kuala Jerlun & Kg Tambak Baru Jeruju

08.00 malam
Menziarahi kematian Hj Shaari B Ismail di Kg Kubang Sepat

09.00 malam
Menziarahi kematian mendiang Charun A/L Em, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu

10.00 malam
Ziarah UPU Lana Bulu & Bersantai dengan AJK UPU   

Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah dan Anugerah Cemerlang UPSR 2011

PKWR DUN Ayer Hitam telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah dan Anugerah Cemerlang UPSR 2011 pada 20 Disember 2011 di Perkarangan PKWR di Kg Lubuk Pinang. Seramai 70 orang pelajar yang mendapat 5A bagi pelajar Sekolah Kebangsaan  dan 7A bagi pelajar SJKC dalam DUN Ayer Hitam.

Dalam ucapannya, YB Ust Abd Ghani merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang bertungkus lumus mendidik anak-anak mereka sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR yang lalu. Sesungguhnya kejayaan mereka dalam pelajaran akan dapat merubah kehidupan keluarga dan membantu meringankan bebanan para ibu bapa apabila bekerja nanti.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab membina kampus baru Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling dengan meningkatkan bilangan kursus daripada 7 program kepada 47 program yang meliputi pelbagai bidang daripada Ijazah Pertama hingga PhD. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan Iwang tunai kepada rakyat negeri Kedah yang berjaya memasuki IPTA di mana di peringkat Diploma sebanyak RM 200 manakala di peringkat Ijazah Pertama sebanyak RM 400. Tahun ini sahaja, PKWR DUN Ayer Hitam telah menyampaikan sumbangan IPTA berjumlah RM 28,000.00. Mulai tahun 2012, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 1.7 juta bantuan persekolahan kepada setiap keluarga miskin yang berdaftar dengan e-Sinar di mana mereka akan menerima RM 100.00 secara one off.

Dalam majlis yang sama, YB Ust Abd Ghani turut menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada 189 orang pelajar dari kalangan keluarga yang tidak berkemampuan. Beliau juga menyampaikan bantuan Kafalah kepada 13 orang waris yang berjumlah RM 6500.00. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan bubur asyura yang disediakan oleh PKWR Ayer Hitam.

Saturday, November 5, 2011

PKWR Ayer Hitam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H kepada semua muslimin dan muslimat pada 6 November 2011. Semoga Hari Raya yang disambut ini akan memberikan keinsafan dan kesedaran yang tinggi kepada kita apabila mengingati sejarah silam. 

Mengimbau sejarah lampau apabila Nabi Ibrahim As menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail As bagi melakukan ibadah Qurban. Meskipun kasihnya terhadap putera kesayangannya itu, Nabi Ibrahim As tetap akur dengan perintah tersebut dengan bertarung bisikan nafsu Syaitan untuk menyembelih Nabi Ismail As seperti yang diperintahkan. Akhirnya, dengan izin Allah, jasad Nabi Ismail As telah ditukarkan menjadi seekor kibasy dan itulah bermula syariat penyembelihan binatang dalam menyempurnakan ibadah qurban. 

Dalam kesempatan ini, PKWR Ayer Hitam tidak melepaskan peluang dengan melaksanakan qurban sebanyak 7 ekor lembu untuk diagihkan kepada 7 UPU setiap seekor lembu. Alhamdulillah tahun ini PKWR Ayer Hitam berjaya mengagihkan kepada semua 18 UPU sejak ibadah qurban diagihkan kepada setiap UPU dalam DUN Ayer Hitam pada 2008 yang lalu.

PKWR Ayer Hitam menjemput semua AJK UPU beserta AJK PAS Cawangan dan MKK dalam UPU Jerlun, Pekan Ayer Hitam, Gandai, Permatang Paku, Permatang Bonglai, Kg Pida dan Telaga Batu agar menyertai qurban yang akan diadakan di UPU masing-masing. Ke semua daging qurban hendaklah diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya.  

        

Saturday, October 8, 2011

Haji Mabrur : Impian Setiap Jemaah Haji

Keinginan setiap insan yang beriman ialah untuk menatap wajah Kaabah di hadapan mata. Sesungggunya beruntunglah kita apabila dapat menunaikan ibadah haji, berazam untuk menghadapi pelbagai ujian getir biarpun lautan manusia sedang mengelilinginya dalam keadaan bertolakan dan bersesakan antara satu sama lain  untuk menatap wajahnya dengan penuh keimanan. Inilah hikmah Allah jadikan Kaabah sebagai kiblat yang satu dalam sembahyang untuk Ummah sejagat.


Sebelum melaksanakan ibadah haji, kita perlu merebut peluang untuk mengerjakan umrah sebanyak mungkin. Ingatlah bahawa jika kita dapat tunaikan 7 kali umrah ganjaran pahalanya menyamai sekali ibadah haji. Perbanyakkan umrah agar ujian mengerjakan haji dapat ditempuhi dengan mudah. Ini adalah kerana masa yang ada agak panjang jika kita pergi dalam trip awal dan pertengahan. Jangan buang masa dengan banyak tidur di bilik hotel sahaja sedangkan inilah masa yang terluang untuk kita melipatgandakan ibadah sunat.    


Dalam perjalanan menuju ke Masjidil Haram dari tempat penginapan, kita jangan lepaskan peluang untuk melihat dari dekat tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tempatnya yang dizahirkan dengan kesan lama yang tidak ada sebarang pengubahsuaian sejak dulu. Tempat ini agak sukar untuk didekati kerana ramai orang yang tidak putus-putus menziarahinya. Di hadapannya pula terdapat kesan sejarah rumah Abu Jahal yang sekarang ini diubahsuai menjadi Baitul Klahaq (tandas).


Walaupun antara kita berbeza ideologi politik tetapi kita bersatu ketika menunaikan ibadah haji. Bersatu atas nama Islam sahaja tidak kerana yang lain. Oleh itu, insaflah kita semua bahawa kita akan kembali bertemu Allah atas pegangan agama yang diredhainya iaitu Islam. Tiada makna dan guna jika Islam yang dianuti  hanya diamalkan ketika musim haji sahaja tetapi selepas selesai ibadah haji maka Islam itu dipinggirkan dalam etika kehidupan seharian kita. 


Ujian paling getir sekali ialah ketika berada berwukuf di Padang Arafah. Keadaan kita yang berihram sepanjang masa dalam tempoh ibadah haji bermula daripada 9 - 14 Zulhijjah sebelum selesai Tahallul Awwal. Kita yang tidak biasa dengan keadaan sebegini boleh menggugat hati nurani kita untuk menanggalkannya. Apakan daya, ini melambangkan ujian Allah kepada semua insan agar patuh dan tunduk pada arahannya. Jika enggan bersedialah kita menempuh balasannya. 


 Apabila selesai menunaikan ibadah haji, kita berpeluang untuk melakukan ziarah di Madinah. Di sana kita akan menumpukan amalan solat 40 waktu di Masjidil Nabawwi. Jangan lepaskan peluang untuk menziarahi Makam Rasulallah SAW, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab serta perkuburan Al-Baqir. Kita dapat lihat kesan sejarah lampau sebagaimana kita membacanya dalam buku Sejarah Islam. 

Sunday, September 18, 2011

Rumah Terbuka ADUN Ayer Hitam & PAS Kawasan Jerlun 2011


Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri YB ADUN Ayer Hitam & PAS Kawasan Jerlun diadakan pada 17 September 2011 mulai 2.30 - 5.30 petang di tapak gerai MDKP, Ayer Hitam. Orangramai mula memenuhi gerai makanan yang disediakan oleh petugas sejak 2 petang lagi. Mereka begitu gembira menikmati pelbagai jenis juadah hariraya yang disediakan oleh setiap UPU dan MKK masing-masing.

YB Ust Hj Abd Ghani tidak melepaskan peluang membantu Pengerusi MKK Kg Gandai, Ust Halim B Morad membakar sate kepada pengunjung. Sate menjadi menu kegemaran di setiap rumah terbuka Aidil Fitri dan pihak PKWR Ayer Hitam telah memperuntukkan 10,000 cucuk sate. Nampaknya sate yang disediakan telah habis awal dengan setiap pengunjung terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkannya.

YB Ust Hj Abd Ghani melayani tetamu dari kalangan kaum Tionghua yang turut serta dalam majlis tersebut. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis yang diadakan bahkan turut hadir Mr Puspa mewakili kaum India dan Mr Enam dan Mr Charun mewakili kaum Siam di Kg Kubang Chenok, Padang Sera. 

YB Ust Hj Abd Ghani selaku YDP PAS Kawasan Jerlun diapit oleh Abd Rahim B Md Jusoh (NYDP), Hj Azhar B Ibrahim (Setiausaha) dan Hj Ahmad Faudzi B Hj Omar (Bendahari) yang lengkap berpakaian rasmi suit melayu oren tua bersampin sedang menikmati ketupat dan gulai yang menjadi resipi utama rumah terbuka. 

YB Ust Hj Abd Ghani sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang datang berkunjung. Mereka cukup gembira dan sanggup berbaris panjang untuk mendapat duit raya. Duit raya merupakan aktiviti utama kanak-kanak yang akan bertandang dari rumah ke rumah sejak awal pagi lagi hingga ke petang. Duit raya akan dikumpul samada untuk disimpan dalam bank atau dijadikan wang saku ke sekolah.   

YB Ust Hj Abd Ghani sedang melayani YAB Dato Seri Ust Hj Azizan B Abdul Razak yang turut serta meraikan majlis tersebut. Kehadiran beliau cukup bermakna sekali kepada penduduk dalam DUN Ayer Hitam yang sanggup menunggu ketibaannya pada jam 5.30 petang. Sebelum itu, beliau menghadiri perjumpaan Alumni Maktab Mahmud di Alor Setar.

YAB Menteri Besar sedang menyampaikan ucapan kepada pengunjung yang begitu teruja dengan gaya kepimpinannya mentadbir Negeri Kedah. Beliau sangat yakin dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang berjaya memerintah Kedah yang sudah menjangkau 3 tahun 6 bulan tanpa sebarang masalah kewangan dan menafikan khabar angin yang menyatakan ekonomi Kedah tidak stabil.    

Kelihatan YABerbahagia Toh Puan Hjh Faekah Bt Syeikh Hamzah sedang berbual mesra dengan isteri YB ADUN Ayer Hitam, Hjh Faridah Akma Bt Hj Wahid dan Ustazah Fatimah Bt Wan Teh, Ketua Muslimat PAS Jerlun sambil menikmati cendol dan ketupat.

Seorang waris muda, Mohamad B Hj Ahmad mengambil peluang menyerahkan kepala anak sulungnya untuk didoakan oleh YAB Menteri Besar dengan harapan anak tersebut akan menjadi anak yang berguna untuk berbakti kepada ibu bapa, agama dan negara. Inilah contoh kepimpinan YAB Menteri Besar yang sedia melayani pelbagai kehendak rakyat tanpa mengira latarbelakang mereka.

YAB Menteri Besar sedang bertanyakan tentang kesihatan veteran PAS, Hj Ibrahim B Md Hassan yang mengalami strok. Kini beliau hanya berkerusi roda tetapi masih bersemangat untuk hadir ke majlis tersebut untuk bertemu dengan YAB Menteri Besar. Beliau merupakan tukang masak kepada petugas pilihanraya PAS di setiap Pilihanraya Kecil antaranya di UPU Telok Era dalam PRK DUN Sanggang tahun 2000 yang menyediakan masakan kepada YAB Menteri Besar sendiri. 

Sunday, September 11, 2011

Bersantai di Nat Jumaat di Kuala Jerlun

Nat Kuala Jerlun merupakan destinasi yang menjadi tumpuan masyarakat samada di dalam atau di luar Ayer Hitam. Uniknya, nat tersebut berdekatan dengan pelantar ikan yang dijual fresh dan segar kepada pengunjung. Selain memebeli ikan, ayam dan daging, mereka juga berpeluang membeli segala jenis barangan keperluan harian yang biasanya dijual di kedai-kedai runcit tetapi ada di jual di nat tersebut.

YB Ust Hj Abd Ghani mencuri masa selepas Kuliah Jumaat bermesra dengan orang ramai. Beliau juga mengambil kesempatan minum pagi bersama pengunjung sambil bersantai di tepi sungai yang mana deretan kedai minum dan pasar sangat berhampiran dengan sungai. Selepas sungai tersebut, ternampak lautan sawah yang terbentang luas sayup mata memandang. Panorama ini sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin menenangkan fikiran atau ingin meredakan perasaan tertekan dalam tugas seharian.

Di penghujung jalan menuju ke penempatan semula Kg Jeruju terdapat Homestay yang cukup selesa. Ramai pengunjung di dalam dan luar negeri serta pelajar-pelajar IPTA yang menginap di sana kerana kosnya murah dan ceria dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengursan Homestay. Di sana juga terdapat Restoran Ikan Bakar yang berhampiran dengan laut. Air laut yang pasang di waktu malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa begitu mengasyikkan para pengunjung. Suasana sebegini jarang ada di tempat lain kerana ia berlaku dalam suasana kampong dan aman damai. 


 YB Ust Hj Abd Ghani sedang berbual mesra dengan pengunjung sambil ditemani Hj Abu Seman B Saad, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu. YB Ust Hj Abd Ghani pernah mengemukakan cadangan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu untuk menaiktaraf nat tersebut menjadi nat yang maju dan berdaya saing. Selain menjadi tempat para peniaga memasarkan barangan jualan masing-masing, ia juga turut merangsang ekonomi masyarakat setempat dan menarik ramai pelancong berkunjung ke Homestay dan Restoran Ikan Bakar. Perkara ini akan menjadi kenyataan apabila MDKP mendapat peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam RMK 10 nanti.    


YB Ust Hj Abd Ghani menyapa kanak-kanak yang turut serta menemani ibu mereka ke nat tersebut. Pendek kata, bukan setakat pengunjung dewasa sahaja yang berminat dengan segela keperluan yang ada di nat tersebut bahkan kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk membeli barang-barang mainan dan makanan ringan yang menjadi kesukaan mereka

Meninjau peniaga kecil di Pasar Kerpan

YB Ust Hj Abd Ghani turun padang meninjau Pasar di Pekan Kerpan sambil bertanya khabar kepada semua peniaga yang berniaga. Kelihatan beliau sedang bertanyakan sesuatu kepada peniaga sayur, Encik Hamzah Bin Alias. Selepas lawatan tersebut, Encik Hamzah telah meninggaldunia selepas serangan jantung di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Selepas dimaklumkan berita tersebut, beliau bergegas menziarahinya di rumahnya di Kg Ayer Hitam.
Dalam masa yang sama, beliau juga sempat berbual-bual dengan salah seorang peniaga daging. Beliau difahamkan terdapat 3 orang yang menjual daging di pasar tersebut dan terdapat sedikit persaingan dalam jualan daging. Pada hari biasa,daging tersebut ada yang dapat dijual habis dan ada juga terpaksa disimpan untuk dijual ke hari esoknya. Walau bagaimanapun, ketika musim menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, ada peniaga yang berjaya menjual sehingga 3 ekor sehari dan habis dijual.      
Sebelum mengakhiri lawatan tersebut, beliau sempat berbual mesra dengan isteri Encik Hamzah yang terkenal dengan panggilan mesra Mak Ngah Ma. Mak Ngah Ma turut serta membantu suaminya ketika masih hidup. Kini, selepas kematian Encik Hamzah, urusan jualan sayur diserahkan kepada anaknya. Ini disebabkan keadaan kesihatannya yang diserang kanser otak selepas mengalami kemalangan jalanraya. Beliau mendoakan agar Allah melimpah rezeki yang berkat kepada keluarga Allahyarham yang begitu mesra dengan pelanggannya.   

Rumah Terbuka PAS Kedah

PAS Kedah telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada 10 September 2011 di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Ramai tetamu yang hadir dari pelbagai lapisan kaum dan parti politik antaranya kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta parti PKR dan DAP. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis tersebut dan ini membuktikan PAS mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk terus kekal mengemudi negeri Kedah.

Kelihatan YB Ust Hj Abd Ghani sedang menikmati juadah yang disediakan dengan disertai juga YB Dato Hj Ir Phahrolrazi (Timbalan Pesuruhjaya 1), Ust Mohd Isa Syafie (Timbalan Pesuruhjaya 3), Ust Zawawi Ahmad (YDP Padang Terap) dan YB Hj Yahya Abdullah (ADUN Jeneri).

Sebelum majlis tersebut berlangsung, semua Ahli BPPNK telah merakamkan gambar kenangan. Turut kelihatan YAB Dato Seri Ust Hj Azizan B Abdul Razak (Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar). Selepas sesi bergambar semua ahli BPPNK menikmati juadah makanan yang disediakan oleh 15 kawasan yang menghidangkan menu masing-masing. Acara selanjutnya ialah meraikan kehadiran tetamu yang terdiri daripada YB Encik Lee Guan Aik (Pengerusi DAP Kedah yang juga ADUN Kota Darulaman) dan bekas Senator Ir Hj Zamri B Yusuf. YAB Pesuruhjaya turut menyampaikan duit raya kepada kanak-[kanak yang hadir tidak putus-putus sejak jam 11.30 pagi hingga jam 4.30 petang.   

Sunday, August 28, 2011

Memupuk keinsafan melalui amalan kebajikan

YB Ust Hj Abd Ghani telah dijemput memimpin bacaan doa tahlil kematian arwah Wan Ismail B Wan Jusuh iaitu abang kepada Pegawai Khasnya, Wan Yusuf. Arwah semasa hayatnya turut serta membawa beliau berkempen ketika mula menjadi calon PRU 10 (1999) menaiki Volvo 240. Azam arwah semasa itu ialah ingin melihat PAS menang dan memberi semangat kepada beliau untuk terus berkempen rumah ke rumah. Walaupun arwah tinggal di Gunung Semanggol, Perak tetapi  tetap pulang ke kampong untuk membantu beliau berkempen. Alhamdulillah, bekat usaha dan doa, hasratnya dimakbulkan Allah. YB Ust Hj Abd Ghani sempat membaca talkin di pusaranya selepas dimaklumkan kematiannya walaupun sebelum itu beliau mempunyai urusan lain pada masa kematiannya. Beliau juga sempat menziarahinya selepas arwah keluar Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana mengidap sakit jantung.    


Sempena majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Aidil Fitri  kepada penduduk kampong sekitar Lana Bulu, Kerpan, Permatang Kenanga dan Permatang Mahang. Semua hamper berupa barangan keperluan Aidil Fitri disediakan oleh MKK masing-masing sebagai tanda ingatan dan kasih sayang sesama insan. YB Ust Hj Abd Ghani sedang menyampaikan hamper kepada Encik Haron B Awang Sudin, MKK Kg Lana Bulu.

Kelihatan salah seorang penerima sumbangan daripada Kg Lana Bulu menerima sumbangan daripada YB Ust Hj Abd Ghani. Beliau rasa gembira kerana ada MKK yang mengambil peduli dan bertanggungjawab ke atas nasib anak buah masing-masing. Ramai yang hadir begitu seronok dengan sikap MKK mereka yang prihatin dan berharap program seperti ini dapat dijayakan di masa akan datang. Sebelum majlis penyampaian sumbangan dimulakan, YB Ust Hj Abd Ghani menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada semua yang hadir.  

Friday, August 26, 2011

Ketua kampong dan Setiausaha MKK terima elaun


Pejabat Daerah Kubang Pasu sudi menjemput YB Ust Hj Abd Ghani menyampaikan ucapan kepada semua Ketua Kampong dan Setiausaha MKK sebelum penyerahan elaun berlangsung pada 25 Ogos 2011 di Dewan Utama Pejabat Daerah. Beliau mengingatkan mereka bahawa Kerajaan Negeri begitu prihatin dengan kebajikan mereka yang telah lama berkhidmat dan inilah masa yang sesuai untuk mereka menikmati elaun sebelum menjelang hari raya.


Kelihatan YB Ust Hj Abd Ghani sedang menyampaikan wang tunai kepada setiap penghulu untuk diagihkan kepada mereka. Bagi ketua kampong , mereka menerima elaun mulai April - September berjumlah RM 1800.00 setiap orang manakala Setiausaha MKK menerima elaun mulai Januari - September juga berjumlah RM 1800.00. Sebanyak RM 648,000 telah diperuuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu. Turut hadir Pegawai Daerah, Dato Hj Noh B Dahya, Pegawai Khas Exco Wan Yusuf B Wan Jusuh dan Pengarah PKD Kota Siputeh, Mohd Asri B Ghazali.   

Tuesday, August 23, 2011

Muslimat PAS Jerlun bakal mengeluarkan produk kuih raya


Pagi ini saya berkesempatan melihat aktiviti Muslimat PAS Kawasan Jerlun mengadakan demontrasi masakan membuat kuih raya kepada ahlinya. Salah seorang daripada AJK Muslimat, Puan Jamilah Binti Mohamad merupakan pembuat kuih tradisional dan kuih raya turut serta memberi bimbingan kepada peserta. Mereka begitu berminat menghadiri demontrasi tersebut.   
Saya difahamkan bahawa program ini sebagai program perintis di bawah Muslimat PAS Kawasan Jerlun. Jika ia dapat dijayakan dengan baik, tidak mustahil Muslimat akan menjadi pengeluar pelbagai jenis kuih yang akan diusahakan oleh mereka. Insyaallah pihak saya akan mempertimbangkan bantuan alat-alat masakan untuk membolehkan hasrat murni mereka tercapai sebagai galakkan untuk meningkatkan ekonomi Muslimat.