WELCOME TO MY BLOG

Thursday, March 26, 2009

PERUTUSAN KHAS SEMPENA PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU

Assalamualaikum wr wt,

Sukacita sekiranya para sahabatku sekalian dapat menyumbangkan sumbangan/derma ikhlas bagi membantu jentera Pilihanraya Kecil N.25 Bukit Selambau melalui akaun saya, Hj Abd Ghani Bin Hj Ahmad, No Akaun Bank Simpanan Nasional : 1410029878535696.

Saya dan seluruh jentera sedang bertugas di UPU Taman Ria Utara sejak semalam hingga ke hari pembuangan undi. Anggapah sumbangan anda sebahagian daripada Amal Islami untuk membantu mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh PAS Kedah. Meskipun Pakatan Rakyat menguasai kerajaan namun YAB Menteri Besar telah mengarahkan bahawa tidak ada sebarang peruntukkan kerajaan akan digunakan bagi menghadapi PRK ini kerana pilihanraya ini adalah pertembungan antara PR dan BN.

Semoga dengan sumbangan/derma ikhlas yang dihulurkan biarpun sedikit adalah merupakan sebahagian daripada sokongan moral anda secara tidak langsung kepada kami yang sedang bertugas untuk memenangkan kerajaan PR di Kedah biarpun calon yang bertanding bukan di kalangan orang Islam tetapi niatnya untuk membantu Islam dan PAS itu sendiri.


3 comments:

ALAM said...

Sumbangan Amal Islami apa benda ni. calun yang yb sokong bukan orang islam, jangan menipu rakyat yang beragama islam. Sebutlah dengan ikhlas nama sumbangan ini. jangan gunakan nama islam. Saya cadang nama tabung ini ditukar kepada TABUNG ORANG PAS UNTUK MEMBANTU HINDU MEMENANGI PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU.

JejakaKenanga said...

Di ucapkan berbanyak terima kasih di atas komen En Alam Said.
Tapikan calon2 Melayu nieekan bukankah lebih teruk dr calon India. Sebabnya depa 'TAK MAU' KEPADA ISLAM. Hanya nak setengah dan tak nak setengah! Macam kejap pakai kecap tak pakai. Kesimpulannya MENGARUT, BUANG MASA dan membusukkan nama Melayu-Islam ajaaaa jika memilih mereka.
Yang menang jugak akhirnya Parti memerintah PAS yang telah mutlak utk menegakkan Islam yang berpandukan kepada ALQURAN HADIS IJMAK QIAS.
Rajin2lah KITA ngaji bab Kafir Zimmi dan Kafir Harbi.

Ustaz Abd Ghani Ahmad said...

Saya bersyukur kepada Allah kerana saudara telah diberi Hidayah oleh Allah untuk memahami konteks dakwah dan approachnya mengikut pendekatan semasa. Nampaknya saudara tidaklah terlalu memuja bangsa sendiri yang menjadi calon dalam PRK N25 ini kerana saudara faham bahawa calon dari bangsa sendiri bukan berjuang atas dasar Islam tetapi berjuang atas kepentingan diri dan nafsu semata. Calon bebas di kalangan Melayu ini tidak ada arah tuju perjuangan kecuali hanya untuk membalas dendam, mencari populariti dan jauh dari itu untuk menyekat pengaruh Islam yang semakin berkembang di kalangan orang Cina dan India yang berani menyokong PAS dan berada dalam Kelab Penyokong PAS.