WELCOME TO MY BLOG

Sunday, September 18, 2011

Rumah Terbuka ADUN Ayer Hitam & PAS Kawasan Jerlun 2011


Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri YB ADUN Ayer Hitam & PAS Kawasan Jerlun diadakan pada 17 September 2011 mulai 2.30 - 5.30 petang di tapak gerai MDKP, Ayer Hitam. Orangramai mula memenuhi gerai makanan yang disediakan oleh petugas sejak 2 petang lagi. Mereka begitu gembira menikmati pelbagai jenis juadah hariraya yang disediakan oleh setiap UPU dan MKK masing-masing.

YB Ust Hj Abd Ghani tidak melepaskan peluang membantu Pengerusi MKK Kg Gandai, Ust Halim B Morad membakar sate kepada pengunjung. Sate menjadi menu kegemaran di setiap rumah terbuka Aidil Fitri dan pihak PKWR Ayer Hitam telah memperuntukkan 10,000 cucuk sate. Nampaknya sate yang disediakan telah habis awal dengan setiap pengunjung terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkannya.

YB Ust Hj Abd Ghani melayani tetamu dari kalangan kaum Tionghua yang turut serta dalam majlis tersebut. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis yang diadakan bahkan turut hadir Mr Puspa mewakili kaum India dan Mr Enam dan Mr Charun mewakili kaum Siam di Kg Kubang Chenok, Padang Sera. 

YB Ust Hj Abd Ghani selaku YDP PAS Kawasan Jerlun diapit oleh Abd Rahim B Md Jusoh (NYDP), Hj Azhar B Ibrahim (Setiausaha) dan Hj Ahmad Faudzi B Hj Omar (Bendahari) yang lengkap berpakaian rasmi suit melayu oren tua bersampin sedang menikmati ketupat dan gulai yang menjadi resipi utama rumah terbuka. 

YB Ust Hj Abd Ghani sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang datang berkunjung. Mereka cukup gembira dan sanggup berbaris panjang untuk mendapat duit raya. Duit raya merupakan aktiviti utama kanak-kanak yang akan bertandang dari rumah ke rumah sejak awal pagi lagi hingga ke petang. Duit raya akan dikumpul samada untuk disimpan dalam bank atau dijadikan wang saku ke sekolah.   

YB Ust Hj Abd Ghani sedang melayani YAB Dato Seri Ust Hj Azizan B Abdul Razak yang turut serta meraikan majlis tersebut. Kehadiran beliau cukup bermakna sekali kepada penduduk dalam DUN Ayer Hitam yang sanggup menunggu ketibaannya pada jam 5.30 petang. Sebelum itu, beliau menghadiri perjumpaan Alumni Maktab Mahmud di Alor Setar.

YAB Menteri Besar sedang menyampaikan ucapan kepada pengunjung yang begitu teruja dengan gaya kepimpinannya mentadbir Negeri Kedah. Beliau sangat yakin dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang berjaya memerintah Kedah yang sudah menjangkau 3 tahun 6 bulan tanpa sebarang masalah kewangan dan menafikan khabar angin yang menyatakan ekonomi Kedah tidak stabil.    

Kelihatan YABerbahagia Toh Puan Hjh Faekah Bt Syeikh Hamzah sedang berbual mesra dengan isteri YB ADUN Ayer Hitam, Hjh Faridah Akma Bt Hj Wahid dan Ustazah Fatimah Bt Wan Teh, Ketua Muslimat PAS Jerlun sambil menikmati cendol dan ketupat.

Seorang waris muda, Mohamad B Hj Ahmad mengambil peluang menyerahkan kepala anak sulungnya untuk didoakan oleh YAB Menteri Besar dengan harapan anak tersebut akan menjadi anak yang berguna untuk berbakti kepada ibu bapa, agama dan negara. Inilah contoh kepimpinan YAB Menteri Besar yang sedia melayani pelbagai kehendak rakyat tanpa mengira latarbelakang mereka.

YAB Menteri Besar sedang bertanyakan tentang kesihatan veteran PAS, Hj Ibrahim B Md Hassan yang mengalami strok. Kini beliau hanya berkerusi roda tetapi masih bersemangat untuk hadir ke majlis tersebut untuk bertemu dengan YAB Menteri Besar. Beliau merupakan tukang masak kepada petugas pilihanraya PAS di setiap Pilihanraya Kecil antaranya di UPU Telok Era dalam PRK DUN Sanggang tahun 2000 yang menyediakan masakan kepada YAB Menteri Besar sendiri. 

Sunday, September 11, 2011

Bersantai di Nat Jumaat di Kuala Jerlun

Nat Kuala Jerlun merupakan destinasi yang menjadi tumpuan masyarakat samada di dalam atau di luar Ayer Hitam. Uniknya, nat tersebut berdekatan dengan pelantar ikan yang dijual fresh dan segar kepada pengunjung. Selain memebeli ikan, ayam dan daging, mereka juga berpeluang membeli segala jenis barangan keperluan harian yang biasanya dijual di kedai-kedai runcit tetapi ada di jual di nat tersebut.

YB Ust Hj Abd Ghani mencuri masa selepas Kuliah Jumaat bermesra dengan orang ramai. Beliau juga mengambil kesempatan minum pagi bersama pengunjung sambil bersantai di tepi sungai yang mana deretan kedai minum dan pasar sangat berhampiran dengan sungai. Selepas sungai tersebut, ternampak lautan sawah yang terbentang luas sayup mata memandang. Panorama ini sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin menenangkan fikiran atau ingin meredakan perasaan tertekan dalam tugas seharian.

Di penghujung jalan menuju ke penempatan semula Kg Jeruju terdapat Homestay yang cukup selesa. Ramai pengunjung di dalam dan luar negeri serta pelajar-pelajar IPTA yang menginap di sana kerana kosnya murah dan ceria dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengursan Homestay. Di sana juga terdapat Restoran Ikan Bakar yang berhampiran dengan laut. Air laut yang pasang di waktu malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa begitu mengasyikkan para pengunjung. Suasana sebegini jarang ada di tempat lain kerana ia berlaku dalam suasana kampong dan aman damai. 


 YB Ust Hj Abd Ghani sedang berbual mesra dengan pengunjung sambil ditemani Hj Abu Seman B Saad, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu. YB Ust Hj Abd Ghani pernah mengemukakan cadangan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu untuk menaiktaraf nat tersebut menjadi nat yang maju dan berdaya saing. Selain menjadi tempat para peniaga memasarkan barangan jualan masing-masing, ia juga turut merangsang ekonomi masyarakat setempat dan menarik ramai pelancong berkunjung ke Homestay dan Restoran Ikan Bakar. Perkara ini akan menjadi kenyataan apabila MDKP mendapat peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam RMK 10 nanti.    


YB Ust Hj Abd Ghani menyapa kanak-kanak yang turut serta menemani ibu mereka ke nat tersebut. Pendek kata, bukan setakat pengunjung dewasa sahaja yang berminat dengan segela keperluan yang ada di nat tersebut bahkan kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk membeli barang-barang mainan dan makanan ringan yang menjadi kesukaan mereka

Meninjau peniaga kecil di Pasar Kerpan

YB Ust Hj Abd Ghani turun padang meninjau Pasar di Pekan Kerpan sambil bertanya khabar kepada semua peniaga yang berniaga. Kelihatan beliau sedang bertanyakan sesuatu kepada peniaga sayur, Encik Hamzah Bin Alias. Selepas lawatan tersebut, Encik Hamzah telah meninggaldunia selepas serangan jantung di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Selepas dimaklumkan berita tersebut, beliau bergegas menziarahinya di rumahnya di Kg Ayer Hitam.
Dalam masa yang sama, beliau juga sempat berbual-bual dengan salah seorang peniaga daging. Beliau difahamkan terdapat 3 orang yang menjual daging di pasar tersebut dan terdapat sedikit persaingan dalam jualan daging. Pada hari biasa,daging tersebut ada yang dapat dijual habis dan ada juga terpaksa disimpan untuk dijual ke hari esoknya. Walau bagaimanapun, ketika musim menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, ada peniaga yang berjaya menjual sehingga 3 ekor sehari dan habis dijual.      
Sebelum mengakhiri lawatan tersebut, beliau sempat berbual mesra dengan isteri Encik Hamzah yang terkenal dengan panggilan mesra Mak Ngah Ma. Mak Ngah Ma turut serta membantu suaminya ketika masih hidup. Kini, selepas kematian Encik Hamzah, urusan jualan sayur diserahkan kepada anaknya. Ini disebabkan keadaan kesihatannya yang diserang kanser otak selepas mengalami kemalangan jalanraya. Beliau mendoakan agar Allah melimpah rezeki yang berkat kepada keluarga Allahyarham yang begitu mesra dengan pelanggannya.   

Rumah Terbuka PAS Kedah

PAS Kedah telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada 10 September 2011 di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Ramai tetamu yang hadir dari pelbagai lapisan kaum dan parti politik antaranya kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta parti PKR dan DAP. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis tersebut dan ini membuktikan PAS mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk terus kekal mengemudi negeri Kedah.

Kelihatan YB Ust Hj Abd Ghani sedang menikmati juadah yang disediakan dengan disertai juga YB Dato Hj Ir Phahrolrazi (Timbalan Pesuruhjaya 1), Ust Mohd Isa Syafie (Timbalan Pesuruhjaya 3), Ust Zawawi Ahmad (YDP Padang Terap) dan YB Hj Yahya Abdullah (ADUN Jeneri).

Sebelum majlis tersebut berlangsung, semua Ahli BPPNK telah merakamkan gambar kenangan. Turut kelihatan YAB Dato Seri Ust Hj Azizan B Abdul Razak (Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar). Selepas sesi bergambar semua ahli BPPNK menikmati juadah makanan yang disediakan oleh 15 kawasan yang menghidangkan menu masing-masing. Acara selanjutnya ialah meraikan kehadiran tetamu yang terdiri daripada YB Encik Lee Guan Aik (Pengerusi DAP Kedah yang juga ADUN Kota Darulaman) dan bekas Senator Ir Hj Zamri B Yusuf. YAB Pesuruhjaya turut menyampaikan duit raya kepada kanak-[kanak yang hadir tidak putus-putus sejak jam 11.30 pagi hingga jam 4.30 petang.