Wednesday, September 23, 2009

Rumah Terbuka Aidil Fitri

Kini, kita telah melangkah 5 Syawal 1430H selepas kita selesai menunaikan ibadah Ramadhan Al-Mubarak sebulan yang lalu. Kita berdoa agar Allah menerima segala amalan mulia yang ditunaikan lebih-lebih lagi di 10 malam yang akhir di mana terdapatnya anugerah teragung iaitu Malam Lailatul Qadr yang ganjaran pahalanya menyamai 1000 bulan.

Dalam kesempatan ini, Saya dan seluruh AJK MTD/PKWR Ayer Hitam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini khasnya para penduduk DUN Ayer Hitam samada di dalam atau di luar kawasan. Semoga ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kita akan berpanjangan dan diberkati Allah hendakNya.

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri 2009 ini, saya dengan sukacitanya menjemput & mempersilakan YB/dato/datin/tuan/puan/sdr/sdri ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri seperti maklumat berikut :-

Peringkat PAS Kawasan Jerlun

Tarikh : 27 September 2009 (Ahad)
Tempat : Simpang 3, Kg Raja, Mukim Pering
Masa : 12.00 tgh - 3.00 petang

Peringkat DUN Ayer Hitam

Tarikh : 1 Oktober 2009 (Khamis)
Tempat : Hadapan Gerai MDKP, Pekan Ayer Hitam
Masa : 3.00 - 6.00 petang

Friday, July 31, 2009

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Friday, July 10, 2009

Rumah sembelih babi bukan isu besar orang cina - Ust Ghani

Pada 09 Julai 2009 sekitar jam 5.30 petang, saya telah menziarahi Hj Saad di Kampong Tanjung Bedil yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sejak 2 bulan yang lalu. Saya sedia maklum tentang kejadian yang menimpa ke atasnya tetapi agak lewat menziarahinya dengan pelbagai tugas dan program yang sentiasa mengekori. Ketika di pejabat sambil menyiapkan tugas, lantas saya terus menelefonnya untuk menziarahinya di rumahnya jam 5.30 petang. Saya mengenalinya sebelum menang dalam PRU 12 lagi ketika minum teh tarik di depan warung wak Indon dekat PKWR DUN Anak Bukit. Beliaulah antara orang yang mempertemukan saya dengan seorang usahawan cina bernama Mr Ng yang memiliki pasaraya di Pekan Sungai Korok. Mr Ng pernah datang bersama Hj Saad ketika saya nak berangkat ke mekah pada 25 November 2008 dan beliau bersama isterinya pernah datang ke rumah saya ketika saya balik daripada Mekah. Ternyata persahabatan saya dengan HJ Saad dan Mr semakin akrab.
Mr Ng merupakan seorang yang boleh dibuat rakan dan sahabat. Ini disebabkan beliau bersifat terbuka dan menghormati pandangan politik dan ajaran agama Islam tanpa rasa kekok. Tiada lagi orang yang sebangsa dengannya datang menziarahi saya untuk menunaikan haji di Mekah serta memberi 'angpau' pula meskipun itu bukan yang saya harapkan. Itulah amalan baik yang dipraktikkan oleh Mr Ng walaupun berbeza adat budaya antara kaum dan ajaran agama. Saya katakan sahabat kerana beliau bersedia membantu saya ke arah menyebarluaskan lagi perjuangan PAS berasaskan keadilan sejagat menerusi slogan PAS For All dengan mempelopori rancangan penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) di Jerlun sebagai Timb. Pengerusi dan Mr Eng sebagai Pengerusi.
Berbalik kepada ziarah saya di rumah Hj Saad, Mr Ng turut serta bila mengetahui saya akan ke rumah Hj Saad. Kami berbual panjang tentang isu semasa ke arah memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Kedah di samping merancang untuk mengatur pertemuan semula KPP. Turut dibincangkan ialah isu perobohan rumah sembelih babi di Kg Berjaya pada 1 Julai 2009 lalu oleh MBAS turut menarik perhatian Mr Ng dan menjadi isu utama akhbar di Kedah.
Mr Ng menyatakan kepada saya bahawa isu babi bukan isu baru. ia sudah lama dan pernah diambil tindakan oleh MBAS (dulunya MPKS) tetapi cuba ditangguhkan oleh Kerajaan BN demi kepentingan politik mereka apabila berhadapan dengan PRU. Apabila Kerajaan PR mentadbir Kedah, MBAS mengambil langkah yang sama tanpa campurtangan Kerajaan PR. Ini kerana perobohan rumah sembelih yang dibina secara haram sejak 1960 lagi berada di bawah bidangkuasa MBAS.
Beliau katakan pada saya :'BN tak ada peluang untuk nak rampas semula Kedah daripada PR kerana orang sekarang sudah celik politik, bukan macam dulu yang selalu ditipu. Lebih-lebih lagi orang cina yang telah faham tentang tipu helah BN dan boleh menerima style Kerajaan PR yang bersikap amanah, adil dan aman dalam mentadbir negeri.
Menyentuh tentang babi yang dibela di kawasan kediaman orang Melayu, beliau menyatakan bahawa babi tak sepatutnya dibela di kawasan pekan (bandar) kerana baunya yang busuk dan boleh mencemarkan alam sekitar. Baginya, isu babi bukan isu besar kepada orang cina kecuali hanya seorang dua sahaja yang ada kepentingan. Beliau cukup bersetuju cadangan Kerajaan PR memindahkannya di Semeling, Bedong kerana terletak di kawasan jauh daripada pekan.
Sekitar jam 6.45 petang kami tamatkan perbualan dan bercadang akan berjumpa lagi dalam program KPP selepas selesai PRK Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai 2009 nanti.

Tuesday, June 16, 2009

Sistem perparitan diabaikan-Ust Hj Abd Ghani







YB Ust Hj Abd Ghani bersama Ketua Kampong Menerong, Hj Che Kar telah membuat lawatan ke Kg Menerong untuk meninjau keadaan parit yang menjadi sentiasa menjadi masalah kepada penduduk ketika berlaku banjir kilat atau hujan lebat. Masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa sebelum ini tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Kelihatan sisa bahan buangan menjadi sampah yang tersekat di laluan air dan tidak boleh bergerak menuju ke sungai yang berdekatan akibat tiada parit.
Dalam tinjauan tersebut, YB Ust Hj Abd Ghani selaku ADUN Ayer Hitam akan berusaha menghubungi Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah untuk diambil tindakan yang wajar. Penduduk Kg Menerong meletakkan harapan yang tinggi agar pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut yang menjadi isu utama di kalangan mereka apabila berlaku hujan lebat atau banjir kilat.

Tuesday, May 26, 2009

Perginya tanpa pesan dan banyak menabur bakti : ADUN

Seperti biasa pada setiap minggu pada hari Ahad dan Selasa, saya akan berada di bilik saya bersebelahan dengan bilik Pegawai Khas, Hj Mohd Naaim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Mei 2009 lalu untuk menerima kunjungan tetamu dan ketua kampong yang ingin berurusan. Tetapi sejak kelmarin dulu (Ahad) dan hari ini (Selasa), saya memaksa diri untuk meninjau bilik pegawai khas saya yang terdapat segala fail-fail tentang surat menyurat berkaitan urusan dengan pelbagai jabatan, dokumen berkaitan ketua kampong/MKK, borang permohonan projek pembangunan dan lain-lain borang-borang yang telah disediakan olehnya.
Sepanjang hari tersebut, saya mengambil alih tugas yang ditinggalkannya, barulah saya sedar bahawa banyak tindakan yang telah diambil olehnya sebelum ini tanpa pengetahuan saya telah berjaya membantu meringankan tugas saya dan peranan ketua kampong. Banyak borang yang dibuat, penyusunan fail-fail mengikut kod dan jadual lawatan ke cawangan dan UPU ditampal untuk memudahkan rujukan dan tindakan susulan. Apa yang peliknya, beliau tidak pernah menceritakan apa yang dibuatnya itu kepada sesiapapun hatta saya selaku bosnya di PKWR.
Ternyata beliau seorang yang gigih dan tekun bekerja tanpa mengira masa. Ramai orang bercakap bahawa payah nak cari orang macam Hj Naaim ni. Pada saya sungguh sukar mencari pengganti seperti beliau yangt boleh dikatakan biliknya di PKWR seperti rumahnya. Jadi, biarlah saya menganalisa segala kerjabuat yang ditinggalkan tanpa perlu tergesa-gesa mencari pengganti yang belum teruji kelayakan dan kebolehannya.
Hari ini, saya telah memanggil anak keempatnya, Fatimatul Zahra agar menyerahkan segala dokumen-dokumen peribadi keluarganya untuk tindakan segera bagi mendapatkan bantuan khas pendidikan. Anak-anaknya seramai 8 orang, yang sulung akan menyambung pengajian di Kolej Komuniti di Jitra pada Julai 2009, yang kedua berada di Tahun 1 UKM Bangi jalam jurusan Usuluddin dan Falsafah, yang ketiga dalam Tingkatan Enam di Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) di Kelang dan yang keempat akan masuk Tingkatan Enam di SMKA Labu, Negeri Sembilan, yang kelima sedang menderita sakit kanser otak dan OKU serta sentiasa keluar masuk wad, yang keenam dan yang ketujuh masih belajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam dan yang kelapan berusia 2 tahun 6 bulan. Isterinya, Jamilah Bt Mohamad tidak bekerja.
Hari ini juga, wakil peribadi saya, Pak Wan Yusuf berurusan dengan Tuan Penghulu Mukim Jerlun berusaha untuk membolehkan keluarganya mendapat bantuan rumah. Rumahnya sebelum ini telah rosak akibat banjir kilat pada Oktober 2007 lalu. Dalam tempoh tersebut, beliau dan keluarganya tinggal di Pondok Ayer Hitam. Sebelum ini, saya pernah mengarahkan beliau memberi maklumat tentang keadaan rumahnya yang rosak, status tanah dan merakam gambar bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan rumah tetapi beliau tidak mempedulikannya. Bagi beliau, utamakan kepentingan orang lain dahulu dan beliau mengambil sikap 'tak apa' dalam segala hal.
Saya menyeru kepada pembaca blog ini yang berhajat menyalurkan zakat atau sedeqah kepada keluarganya boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya secara telefon atau datang ke pejabat. Insyaallah niat baik kita semua untuk membantu keluarganya akan mendapat ganjaran yang selayaknya daripada Allah Azzawajalla.Amin.

Monday, May 18, 2009

Saya kehilangan Amilin yang gigih- Ust Ghani

Sekitar jam 5.45 pagi, saya telah menerima panggilan telefon daripada Wakil Peribadi, Pak Wan Yusuf yang memaklumkan bahawa Pegawai Khas saya, Hj Mohd Naim telah kembali ke rahmatullah pada jam 4 pagi di Hospital Jitra. Beliau memaklumkan bahawa Hj Naim meninggaldunia akibat sakit penat. Saya terpinga-pinga dan mengeloh kerana tiada beritapun yang sampai kepada saya sebelum beliau dibawa ke Hospital.


Kali terakhir saya bersama Hj Mohd Naim ialah pada pagi Jumaat (15 Mei 2009) ketika saya, Pak Wan dan Pak Ngah Harun mengambilnya di PKWR jam 5.30 pagi untuk Solat Subuh di Masjid Kg Sanglang. Selepas Solat Subuh, kami dijemput ke kedai arwah bang Li oleh anaknya yang sangat berhajat agar saya membuat tahlil untuk roh bapanya. Selepas selesai menikmati sarapan pagi, kami bertolak ke PKWR.


Tiba di PKWR, beliau meminta izin saya untuk pulang kerana mendapat panggilan telefon daripada isterinya, Kak Milah bahawa anak-anaknya demam. Saya benarkan dan nasihatkan agar utamakan keluarga dan rumahtangga manakala program yang beliau susun pada hari itu akan saya uruskan dengan Pak Wan.


Saya dan Pak Wan pergi ke rumah Hj Abu Seman, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu untuk meninjau keadaan sebuah rumah yang digenangi air akibat hujan lebat petang sebelumnya. Selepas itu, kami menuju ke Lana Bulu menziarahi kematian ibu kepada Hj Hashim, bekas Bilal Masjid Lana Bulu. Selanjutnya kami menziarahi pula menantu Tok Chin Wak di Kubang Sepat yang meninggaldunia akibat serangan jantung. Selepas itu, kami menuju ke nat Kuala Jerlun bersama Ketua Kampong Tandop Kedabu, Pak Hassan dan Ketua Kampong Kuala Jerlun, Fadzil.


Kira-kira sejam di sana, saya dan Pak Wan bertolak pulang dan saya tunaikan Solat Jumaat di Masjid Kubang Rotan. Sekitar jam 3.45 ptg, saya ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi kerana memenuhi dua urusan penting iaitu usrah BPPNK selepas Maghrib dan mesyuarat BPPNK keesokkannya.


Keesokannya, hari Ahad, saya bertolak ke PKWR kira-kira jam 10.00 pagi. Apabila tiba di pejabat, saya mendapati pintu pejabat masih berkunci. Saya terus menelefonnya dan beliau hanya memaklumkan tidak sihat @ penat. Apabila saya tanya tentang keadaan anak-anaknya, beliau hanya menyebut anaknya masih di wad 5A Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau langsung tidak menceritakan halnya dan keluarganya kepada saya tentang apa yang berlaku sepanjang saya berada di Langkawi. Kemudian saya menghubungi Pak Wan dimana dia akan ke rumah Hj Naim untuk mengambil kunci.


Apabila Pak Wan tiba di PKWR, beliau telah menceritakan kepada saya tentang isterinya dan anak-anaknya yang sakit dan berada di wad di Hospital. Saya bercadang akan menziarahi anak-anaknya pada jam 5.00 petang. Di PKWR, saya sempat meneliti beberapa tugasan dan mula didatangi oleh beberapa sahabat seperti Zulkifli Md Isa, Ust Azhari, Hj Marzuki dan Hj Abu Seman. Kami berbual panjang tentang isu semasa, isu muktamar PAS Pusat dan sebagainya.


Tanpa disedari masa sudah berlanjutan hingga 6.30 petang. Saya bergegas menunaikan Solat Asar dan bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, saya menerima SMS daripada bapa saudara, Onn yang ingin berjumpa dengan saya. Saya tiba di rumah selepas Solat Maghrib di Surau Taman Sayang. Saya mengeluh dan menyesal kerana tidak sempat menziarahi Hj Naim dan anak-anaknya di Hospital. Saya bercadang akan menziarahi mereka pada hari ini selepas selesai 2 mesyuarat di Menara BDB dan di Wisma Darul Aman.


Cadangan hanya tinggal kenangan apabila saya mendapat berita tentang kematiannya pada pagi tadi. Sekitar jam 7.50 pagi, saya sudah sampai di rumah ibu bapanya dan sebak melihat jenazahnya terbujur kaku di hadapan isteri dan anak-anak. Saya cukup sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku. Saya telah menyerahkan wang melalui Ust Ridhuan untuk diserahkan kepada Kak Milah kerana saya tidak tahan dengan suasana sedih tersebut.
Ramai kalangan sahabat handai beliau yang datang menziarahi dan solat jenazahnya di Surau Pondok Ayer Hitam. Ust Mohd Rejab, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Jerlun telah mengimamkan solat jenazahnya dan saya berada di belakangnya dan berdoa untuknya.
Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan saya meredhai segala ketentuan Ilahi.llah telah menjemputnya dalam keadaan kami begitu rancak menyusun program PKWR, bertemu rakyat, berdialog dengan UPU,memantau peranan Ketua Kampong dan berbagai-bagai lagi.

Saya kehilangan seorang Pegawai Khas yang setia, berdedikasi dan sabar dalam kehidupannya.
Saya mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga beliau ditempatkan di Syurga bersama-sama para Anbiya, Syuhada dan Solihin, Amin.

Thursday, May 14, 2009

Kaum Cina tidak dilupakan- -ADUN

Perjumpaan & Dialog













Kuala Sanglang-13 Mei 2009

Pada jam 8.00 malam, dalam kesibukan tugas harian, YB Ust Hj Abd Ghani sempat meluangkan masa menziarahi kematian kaum cina di Kampung Kuala Sanglang dan menyampaikan sumbangan kepada anak mendiang. Turut hadir bersama YB ialah Pegawai Khas, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Hj. Ghazali Md. Isa, Ketua Kampung Kg. Sanglang, En. Mat Jam dan Ketua Kampung Tok Mengkula En. Mahayudin.

Pada jam 9.30 malam, YB juga menghadiri perjumpaan dan dialog bersama Ahli Jawatankuasa UPU Kubang Sepat,ahli-ahli PAS cawangan sekitar UPU tersebut dan Ketua Kampong. Dalam dialog tersebut, YB Ust Ghani menjawab segala persoalan berkaitan pembangunan dan fungsi Ketua Kampong dalam memajukan sebarang permohonan projek seharusnya melalui Tuan Penghulu Mukim untuk dipanjangkan kepada Tuan Pegawai Daerah.

Tuesday, May 12, 2009

Fungsi Masjid perlu diimarahkan-Timbalan Speaker






TELAGA BATU, 9 Mei 2009-Timbalan Speaker DUN Kedah mengingatkan kepada semua Imam dan AJK Masjid agar berperanan lebih gigih lagi ke arah mengimarahkan fungsi masjid dalam kariah masing-masing. Masjid bukan setakat berfungsi ketika solat berjamaah atau solat Jumaat sahaja sebaliknya pengisian program seperti kuliah ilmu, kelas pengajian kitab oleh guru-guru agama yang berkelayakan, kem motivasi dan sebagainya haruslah diprogramkan secara berkala pada setiap minggu dengan penglibatan anak-anak kariah.
"Sebagai contoh, Rasulallah SAW telah membina Masjid Quba yang bukan sahaja sebagai masjid semata-mata tetapi berfungsi sebagai tempat penyatuan ukhuwwah Islamiyyah antara Aus dan Khazraj ketika baginda tiba di Yathrib (sekarang dikenali al-Madinah al-Munawwarah), menyusun strategi peperangan, membincangkan sistem pentadbiran kerajaan Islam selain menyuburkan pengajian ilmu-ilmu Islam di kalangan umat Islam ketika itu" katanya.
Beliau yang juga ADUN Ayer Hitam berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan Imam-Imam dan AJK Masjid seluruh kawasan Jerlun di Pondok Ust Hj Md Rejab B Mat Akhir di sini.
Selepas majlis tersebut, YB ADUN Ayer Hitam dibawa melawat oleh Ust Hj Md Rejab selaku pengasas pondok tersebut melihat pondok-pondok yang wujud sekitar 80 buah oleh orang-orang yang kebanyakkannya datang daripada luar.

Sehari bersama rakyat-Ust Ghani
















10.00 pagi - Kg Pida 5 Matang Gelok

Saya bersama dua orang pegawai khas, Wan Yusuf B Wan Jusoh dan Hj Mohd Naim B Hj Musa telah menziarahi jenazah Hj Othman (Tok Man Jin) yang telah meninggaldunia akibat sakit kencing manis sejak beberapa bulan lalu. Saya difahamkan bahawa keadaan sakitnya semakin kritikal dan dinasihatkan kepada warisnya agar membawa pulang. Saya mendoakan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin.
11.00 pagi - Kg Kuala Sanglang
Saya dimaklumkan oleh wakil peribadi bahawa terdapat satu lagi kematian di Kg Kuala Sanglang iaitu Encik Osman yang merupakan penggerak PAS cawangan. Kematiannya akibat sakit stroke dan terlantar sakit di rumah sejak beberapa bulan lalu. Saya sempat bertemu AJK PAS cawangan yang memaklumkan tentang punca kematiannya. Saya sempat solat jenazah dan diimamkan oleh Ust Nasir B Abd Ghani iaitu AJK DPP Kawasan Jerlun.
11.30 pagi - Kampong Sanglang
Dalam perjalanan ke sana, saya sempat bercakap dengan Penghulu Mukim Sanglang, Encik Mohd Amin B Yahya untuk berbincang hal-hal kemajuan kampong. Saya telah mempelawanya untuk minum pagi di salah satu warong di Pekan Sanglang. Turut serta Ketua Kampong, Encik Mat Jam B Man bersama hardcore PAS cawangan iaitu abang Ramli dan Che A. Kami banyak berbual isu politik semasa berkaitan kemenangan YAB Dato Seri Ir Mohd Nizar dalam kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin dan perancangan untuk mengadakan perjumpaan dengan semua Penghulu dalam Kawasan Jerlun.
Selepas minum bertolak balik dan singgah sekejap di Pasar Kerpan berbual dan bertanya khabar peniaga-peniaga disana.
12.30 tgh - bertugas di PKWR
Apabila pulang ke PKWR, terdapat Ketua Kampong yang mengunjungi saya dan memaklumkan telah menghantar senarai nama bancian bantuan rumah golongan miskin di kampongnya. Selepas itu, saya meminda dan menyemak senarai rancangan kecil peruntukkan YB bagi tahun 2009 untuk dihantar ke pejabat UPEN. Dalam meneliti rancangan tersebut, tindakan saya terhenti sementara kerana melayani kunjungan teman lama dalam saf pimpinan DPP PAS Jerlun. Dalam perbualan lebih kurang 45 minit, saya meminta diri untuk mengambil anak-anak di SRIDA mulai jam 4.30 petang.

Ziarah,Lawatan dan sumbangan kepada mangsa kebakaran















07 Mei 2009 (Khamis)

10.00 pagi

YB Ust Hj Abd Ghani, Timbalan Speaker DUN Kedah bersama Wakil Peribadi dan Pegawai Khas menziarahi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Jerlun yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Pekan Kodiang.

10.30 pagi

Selepas itu beliau melapangkan masa menziarahi Ketua Kampung Tok Arang, Pering, Encik Mat Arof Baharom yang sedang berehat di rumahnya. Kami berbual tentang isu politik semasa di samping mengambil maklum tentang tugasan sebagai ketua kampong dengan masyarakat.

11.00 pagi

Kemudian beliau bersama Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Jerlun, Cik Aishah Bt Don dan dua orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Jerlun, Puan Jamilah Bt Mohamad dan Puan Siti Hajar Bt Ismail menziarah AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Jerlun, Puan Habsah Bt Awang yang menghidapi penyakit chingukunya dan keadaanya dilaporkan stabil selepas mengambil ubat di klinik.

11.30 pagi

Beliau juga mengambil peluang dengan menziarah Encik Jasni B Ahmad, Ketua Kampung Pering yang demam sejak 2 hari lalu. Beliau juga berkesempatan melawat kebun anggur yang diusahakan di belakang rumahnya. Beliau turut memuji kegigihan Encik Jasni yang minat dengan bidang pertanian dan mempelbagaikan produk pertanian seperti membeli getah skrab, memelihara ayam, burung dan bercadang pula untuk menanam jagung kerana pasarannya semakin berkembang. Tambahan pula Kerajaan Negeri telah menggazetkan Kedah Utara sebagai pusat penanaman jagung untuk dieksport ke luar negara.

12.30 tengahari

YB Ust Hj Abd Ghani menemui Ketua Kampong Telaga Batu, Hj Othman yang mudah dikenali dengan panggilan Pak Long Man bergerak menuju ke Kampung Changkat Tok Raman untuk menziarahi rumah Encik Zulkifli B Hashim iaitu mangsa kebakaran. Dalam pertemuan ringkas, YB Ust Hj Abd Ghani telah menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan dapor kepada mangsa kebakaran tersebut.

Thursday, May 7, 2009

Golongan dhaif tidak dilupakan - Ust Ghani




Kuala Jerlun-05 Mei 2009

Wakil peribadi dan Pegawai Khas ADUN Ayer Hitam bersama Ketua Kampung Tandop Kedabu telah mewakili YB Ustaz Hj Abd Ghani B Hj Ahmad menyampaikan sumbangan beras dan barang-barang keperluan dapur kepada fakir miskin di sekitar Kuala Jerlun. Sumbangan seperti ini akan didakan ke seluruh kampong dengan kerjasama ketua kampong/MKK.

Wednesday, May 6, 2009


Saya bertuah bertugas dengan tiga Menteri Besar - Syed Unan Mashri

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 4 Mei: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.”

Itulah antara kata-kata Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Bijaya Indera Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabudin ketika menyampaikan ucapan pada majlis perhimpunan bulanan bersama kakitangan Wisma Darul Aman di Pekarangan Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, peluang dan kepercayaan yang diberikan itu, secara tidak langsung memudahkannya menjalankan tugas dengan lebih mudah dan sekiranya timbul sebarang masalah, dia akan berjumpa dengan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah itu.

“Semenjak saya memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, banyak program dan acara dijalankan di peringkat negeri dan saya merasa bertuah kepada dapat bertugas dengan tiga Menteri Besar dalam tempoh empat tahun setengah,” jelasnya.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada ketua jabatan, pegawai kerajaan dan kakitangan Wisma Darul Aman kerana memberi sepenuh kerjasama kepadanya dalam menjalankan perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Kita juga merasa bertuah kerana dapat menganjurkan Perayaan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-81 baru-baru ini dan turut mempunyai sebuah bangunan yang baru untuk kakitangan Wisma Darul Aman bertugas di sini,” ujarnya.

Sebagai kakitangan kerajaan, katanya, kita adalah nadi dari segi pentadbiran dan menjadi tempat untuk menyalurkan keputusan-keputusan kerajaan di mana kita patut merasa bertuah kerana dapat bertugas di Wisma Darul Aman.

Dalam hal ini, tambahnya, setiap daripada kakitangan kerajaan perlulah meningkatkan lagi keupayaan mereka ke tahap yang lebih tinggi serta mampu melaksanakan tugas yang diberikan itu dengan lebih baik lagi.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jerlun Ke-48 2009
















PAS Kawasan Jerlun telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-48 pada 1 Mei 2009 (Jumaat) lalu. Ia telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Ustaz Hj Azizan B Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dan juga Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Majlis perasmian tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Tantawi, mahasiswa daripada KUIN (Insaniah). Selepas itu ucapan aluan oleh Hj Azhar B Ibrahim selaku Setiausaha PAS Kawasan dan juga Pengarah Panitia Mesyuarat Agung. Selepas itu ucapan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun, YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad yang juga Timbalan Speaker DUN Kedah dan ADUN Ayer Hitam. Ketika berucap, beliau telah memfokuskan dua perkara utama untuk diambil perhatian oleh perwakilan iaitu peranan pimpinan PAS dalam institusi kerajaan dan kaedah menyemarakkan sokongan kepada PAS dalam PRU 13 akan datang.
Setelah PR memerintah negeri Kedah, terdapat pimpinan PAS yang dipilih menduduki jawatan di institusi kerajaan seperti Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Ketua Kampong/MKK yang berganding bahu dengan Penghulu selain daripada Imam dan AJK Masjid. Oleh itu dengan kuasa yang ada mereka diharapkan mampu membawa idealisma perjuangan PAS ke arah menyediakan perkhidmatan yang selesa dan memudahkan urusan pentadbiran antara kerajaan dan rakyat.
Perkara kedua yang difokuskan ialah perlunya agenda bertindak yang tersusun dengan program-program di bawah lajnah-lajnah antaranya Kelab Penyokong PAS yang mana beberapa pertemuan dengan kaum Cina dan Siam berjaya di adakan. Semua ini merupakan langkah awal ke arah menyemarakkan sokongan terhadap PAS di kalangan bukan Islam untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Selain daripada itu, peranan ulamak yang menjadi tonggak kepada PAS wajar berperanan dengan lebih hebat lagi bagi mendekati golongan agama di kampong, al-malak yang dihormati dan imam-imam dan AJK Masjid seluruh kampong agar mereka tidak ketinggalan dalam menyokong perjuangan Islam.
Selanjutnya, ucapan YAB Dato Seri Menteri Besar pula menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS telah mendapat sokongan padu daripada masyarakat berbilang kaum khususnya di negeri Kedah sehingga membolehkan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan pada 8 Mac 2008 lalu.
Beliau juga menekankan betapa pentingnya tarbiyyah di kalangan pimpinan dan ahli PAS perlu ditekankan kerana generasi pimpinan sekarang merupakan generasi yang mendapat tarbiyyah perjuangan PAS di era tahun 60-an dan 70-an. Oleh itu, golongan muda perlu disuntik dengan semangat juang dan tarbiyyah yang tinggi.
Menyentuh tentang pertandingan jawatan dalam parti khasnya jawatan Yang DiPertua PAS, YAB Menteri Besar mengingatkan bahawa pemimpin yang baik dan mampu membawa PAS ke arah yang lebih maju ke hadapan haruslah diutamakan walaupun amalan demokrasi dalam PAS mengizinkan pemimpin bertukar ganti. Apa yang penting janganlah ditendang bila tidak suka dan diangkat pemimpin bila suka.
Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan bermula selepas Maghrib hingga jam 1.00 pagi. Agenda mesyuarat berjalan lancar di mana perwakilan mempersoalkan segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti lajnah di samping mengemukakan beberapa cadangan ke arah penambahbaikan aktiviti lajnah terutamanya penekanan lajnah tarbiyyah dari sudut menggandakan usrah dan kuliah ilmu ke cawangan-cawangan.
Sementara perjalanan mesyuarat berlangsung, SPR telah diberi ruang untuk mengumumkan nama-nama calon yang menang khasnya bagi calon Yang Dipertua di mana berlaku pertandingan dua penjuru antara YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad dan timbalannya, Hj Ismail B Wan Teh. Kemenangan jawatan Yang DiPertua telah memihak kepada YB Ust Hj Abd Ghani dan Hj Ismail B Wan Teh dicalonkan semula dengan jawatan lamanya iaitu Timbalan Yang DiPertua. Naib Yang DiPertua pula disandang oleh muka baru iaitu Cikgu Hj A Wahab Bin A Rahman dengan menang tanpa bertanding. Seramai 16 orang AJk yang dipilih yang kebanyakkannya AJK sesi lalu.

Monday, April 20, 2009

Sukan PASTI Kawasan Jerlun














ALOR BIAK-11 April 2009

YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar PASTI Kawasan Jerlun yang berjaya dalam acara bola sepak dan bola jaring. Sukan tersebut dianjurkan oleh Lajnah PASTI DPP Jerlun dan berlangsung di Padang Awam, Majlis Daerah Kubang Pasu.


Kerajaan Tegas Membanteras Rasuah - Sidang DUN

Saya telah menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah kali pertama 2009 dan telah berlangsung dengan jayanya. Tiada isu besar yang dibangkitkan oleh ADUN kecuali soalan tambahan yang dibangkitkan oleh ADUN PR dan BN.

Pertanyaan hanya berkisar kemajuan pemerintahan kerajaan PR yang telah melangkaui usia 13 bulan. Pada pengamatan saya, BN sudah ketandusan isu untuk membuat tohmahan negatif terhadap perubahan-perubahan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan PR.
Pun begitu, terdapat isu berkaitan mekanisme untuk menghapuskan rasuah yang dibangkitkan dan dijawab dengan jelas oleh YAB MB bahawa kerajaan pimpinannya sentiasa telus dan bersifat terbuka dengan pegawai SPRM. Mereka bebas membuat siasatan terhadap sesiapa sahaja di kalangan Exco dan ADUN PR bahkan pegawai-pegawai kerajaan. Penegasan tersebut membuktikan slogan 'Sifar Rasuah' sedang dilaksanakan oleh kerajaan PR.
Ini berbeza dengan kerajaan BN yang hanya pandai bermain slogan tetapi gagal mengimplementasikan dalam pemeringtahan negara. Syabas kepada YAB MB dan rakan-rakan Exco yang telus dalam menjawab segala isu yang ditimbulkan terutamanya di kalangan ADUN BN.





Wednesday, April 1, 2009

Sekitar Program UPU Taman Ria Utara



Walaupun banyak program pilihanraya terpaksa dilakukan namun tazkirah terhadap petugas pilihanraya tidak diabaikan. Kelihatan YB Ust Nasir B Zakaria telah menyampaikan Kuliah Maghrib pada 29/3/09 bertempat di penempatan PAS Kawasan Jerlun di Tmn Ria Utara. Kuliah tersebut bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada petugas-petugas pilihanraya PAS agar sentiasa berwaspada dengan diayah jahat BN dalam kempen PRK N25 DUN Bukit Selambau.




Tazkirah yang sama juga turut disampaikan oleh YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad yang merupakan Ketua Operasi UPU Taman Ria Utara ketika mempengerusikan majlis tersebut.

Perjuangan Islam merentasi kaum-Ustaz Ghani

Islam menyeru umatnya agar menghulurkan derma. Derma yang diberikan untuk menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar adalah sebahagian daripada Amal Islami. Derma walaupun ikhlas tetapi digunakan untuk tujuan Amar Mungkar Nahi Makruf adalah lagha' dan tidak mendapat ganjaran pahala di sisi Allah bahkan mendapat dosa.

PAS menyokong calon N25 S.Manikumar daripada PKR kerana PKR telah 'bertahalluf siyasi' dengan PAS dan berada dalam gabungan PR. Maknanya PKR bersetuju mengadakan persefahaman dengan PAS untuk melaksanakan Islam dalam konteks kepentingan masyarakat majmuk di samping menegakkan keadilan kepada semua kaum kerana bagi PAS, kaum tidak penting dan bukan menjadi dasar perjuangan PAS sebaliknya Islam dan seluruh aspek berkaitan dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS.

Oleh itu, derma yang dihulurkan kepada petugas-petugas PAS dalam PRK N25 ini adalah sebahagian daripada Amal Islami dan dibalas dengan pahala. Sila rujuk surah As-Saff : 'Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab api neraka. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya serta kamu berjihad fi sabilillah dengan harta benda kamu dan jiwa raga kamu. Itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui'

Kemenangan Islam diutamakan - Ustaz Ghani

Islam menggalakkan umatnya menghulurkan derma. Derma yang diberikan untuk tujuan kebaikan dinamakan amal Islami. Maksud Amal Islami ialah mengamalkan perkara yang baik demi kepentingan Islam dan umatnya. Persolan derma ikhlas tidak tepat kerana ia boleh digunakan kepada perkara yang lagha atau tidak bermanfaat. Oleh itu jika sesiapa yang memberi sumbangan kepada orang Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam di atas mukabumi maka sumbangannya akan dikategorikan sebagai Amal Islami dan akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah swt.


PAS menyokong calon N25 Bukit Selambau, S.Manikumar daripada PKR kerana dia bersedia berkerjasama dengan PR di Kedah dan sedia berada di bawah landasan pentadbiran yang bercirikan Islam seperti yang dilaksanakan di bawah PR sekarang. Oleh kerana dia bersedia 'bertahalluf siyasi' atau mengikat janji setia dengan PR maka menjadi kewajipan kita menyokong dia yang sedia membantu Islam.

    Thursday, March 26, 2009

    PERUTUSAN KHAS SEMPENA PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU

    Assalamualaikum wr wt,

    Sukacita sekiranya para sahabatku sekalian dapat menyumbangkan sumbangan/derma ikhlas bagi membantu jentera Pilihanraya Kecil N.25 Bukit Selambau melalui akaun saya, Hj Abd Ghani Bin Hj Ahmad, No Akaun Bank Simpanan Nasional : 1410029878535696.

    Saya dan seluruh jentera sedang bertugas di UPU Taman Ria Utara sejak semalam hingga ke hari pembuangan undi. Anggapah sumbangan anda sebahagian daripada Amal Islami untuk membantu mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh PAS Kedah. Meskipun Pakatan Rakyat menguasai kerajaan namun YAB Menteri Besar telah mengarahkan bahawa tidak ada sebarang peruntukkan kerajaan akan digunakan bagi menghadapi PRK ini kerana pilihanraya ini adalah pertembungan antara PR dan BN.

    Semoga dengan sumbangan/derma ikhlas yang dihulurkan biarpun sedikit adalah merupakan sebahagian daripada sokongan moral anda secara tidak langsung kepada kami yang sedang bertugas untuk memenangkan kerajaan PR di Kedah biarpun calon yang bertanding bukan di kalangan orang Islam tetapi niatnya untuk membantu Islam dan PAS itu sendiri.


    Tuesday, March 3, 2009

    senarai exco kedah mulai 3 Mac

    SENARAI BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH MULAI 3 MAC 2009
    BIL
    NAMA EXCO
    POTFOLIO
    1
    YAB. DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
    Pengerusi J/Kuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan
     
     
    2
     
    YB. DATO' IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
     
    Pengerusi J/Kuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pemb. Luar Banndar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga
     
     
    3
     
    YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL
     
    Pengerusi J/Kuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi
     
     
    4
     
    YB. DATO' HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH
     
    Pengerusi J/Kuasa Industri & pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan
     
     
    5
     
    YB. MOHAMAD RADZHI BIN SALLEH
     
    Pengerusi J/Kuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia
     
     
    6
     
    YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB
     
    Pengerusi J/Kuasa Belia & Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan
     
     
    7
     
    YB. USTAZAH HJH SITI AISHAH BIN HAJI GHAZALI
     
    Pengerusi J/Kuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
     
     
    8
     
    YB. HAJI ABDULLAH BIN JUSOH
     
    Pengerusi J/Kuasa Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan
     
     
    9
     
    YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH
     
    Pengerusi J/Kuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan
     
    10
    YB. TAN WEI SHU
    Pengerusi J/Kuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan
     
     

    Thursday, February 26, 2009

    HENTI LAGAKAN RAKYAT-ISTANA!

     
    Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
     
    Alor Setar: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Insan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Penerangan, YB Dr. Ismail Salleh menyelar pihak-pihak tertentu yang menjadi batu api untuk melaga-lagakan antara kerajaan Pakatan Rakyat dan pihak istana.
    Mengulas tindakan Setiausaha Pemuda UMNO Kedah, Haris Che Mat yang memberitahu akan membuat laporan polis terhadap surat layang yang mendakwa kononnya seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Sultan, Dr. Ismail menyifatkan tindakan tersebut sebagai 'kurang cerdik'.
    "Takkanlah surat layang yang penulisnya pun takut untuk mendedahkan identiti, mahu dijadikan asas rujukan, nampak sangat tindakan (Pemuda) itu kurang cerdik," ujarnya.
    Menurut Dr. Ismail, sekalipun seandainya sesuatu maklumat itu benar tetapi ia boleh memecahkan perpaduan dan keharmonian antara rakyat, sepatutnya sebagai pemimpin bertanggungjawab perkara seperti itu tidak diperbesarkan.
    Apatah lagi, katanya, jika isu dibangkitkan langsung tidak mempunyai asas dan bukti, sebaliknya fitnah yang disebarkan melalui surat layang semata-mata.
    "Dari aspek yang lain nampak sangat mereka ini berniat jahat serta ingin mencari keuntungan politik sempit, langsung tidak memikirkan soal keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
    "Lebih malang lagi pihak yang mereka mahu lagakan adalah antara kerajaan pilihan rakyat dengan istana," ujarnya.
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu menasihatkan UMNO supaya berpada-pada dalam berpolitik. "Jangan hanya kerana kemaruk kuasa, nikmat kesejahteraan yang kita kecapi selama ini mahu dihancurkan dengan sekelip mata," katanya.
    Mengenai hubungan antara kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dengan pihak istana, Dr. Ismail menjelaskan bahawa ia berlangsung dalam suasana amat baik. Tuanku Sultan sendiri, kata Dr. Ismail, sedar mengenai permainan pihak tertentu untuk memecahkan keharmonian antara kerajaan negeri dan istana.
    "Saya menyeru Pemuda UMNO supaya insaf dan bertaubat, hentikanlah kerja mengadu domba kerana itu adalah kerja syaitan," ujarnya.

    YB.TIMBALAN SPEAKER DUN KEDAH SAMBUT TAHUN BARU CINA













    27 Januari 2009



    YB. Ust. Hj. Abd. Ghani Hj. Ahmad bersama Wakil peribadi dan Ahli Jawatankuasa MTD Ayer Hitam telah mengadakan kunjungan kerumah Pengerusi di Lana Bulu dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS di Pekan Alor Biak sempena Tahun Baru Cina tahun 2009.




    PENUBUHAN KELAB PENYOKONG PAS KAWASAN JERLUN












    20 Januari 2009 - Pekan Ayer Hitam

    YB. Timbalan Speaker DUN Kedah bersama Setiausaha PAS Kawasan Jerlun Hj. Azhar Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil masyarakat cina bagi menubuhkan Kelab Penyokong PAS Kawasan Jerlun dan melantik beberapa orang Ahli Jawatankuasa penaja. Eng Dollah dipilih sebagai pengerusi Kelab tersebut



    Siapa Exco Kedah derhakai Raja?

    Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

    Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat muncul bersama gerombolan 'nangoi-nangoi' Umno umum akan membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya Exco tersebut menghina Sultan. Ia berdasarkan surat layang yang mendakwa Exco tersebut menghina Sultan. Begitulah rendahnya mutu berfikir Pemuda Umno, membuat dakwaan berasaskan surat layang. Jika polis dibenar untuk dibebankan menyiasat isi kandungan surat layang maka eloklah semua surat layang perihal kebejatan pemimpin yang tersebar luas waktu pilihanraya umum dan sewaktu pemilihan Umno sekarang ini dirujukkan ke balai polis. Terpaksalah pula polis mewujudkan sebuah unit khas untuk menyiasat surat layang.

    Apa yang dilakukan oleh Haris dan gerombolannya adalah senario semasa yang sedang melanda Umno di seluruh negara iaitu wabak 'report polis'. Atas pelbagai isu, pemimpin dan ahli Umno berulang-alik ke balai polis di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

    Secara bergurau seorang sahabat berkata, "Dulu, masa jadi kerajaan Umno sibuk dok hurung projek, bila jadi pembangkang sibuk hurung balai polis, aku ingat simbol keris pada Umno patut diganti dengan simbol balai polis."

    Kebetulannya isu derhaka yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kedah itu berlaku sehari selepas calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Ali Rustam mencetuskan kontroversi dengan mengadakan 'ceramah politik' di hadapan Tuanku Sultan Kedah dalam majlis Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu. Agak memalukan kerana dia hadir berucap sebagai Presiden Dunia Melayu Dunia Islam, tetapi memberi ucapan seolah-olah berkempen untuk memenangi jawatan penting dalam Umno. Jika Ali berucap di hadapan Sultan Perak, barangkali tidak menjadi hal. Tetapi apabila dia berucap di hadapan Sultan Kedah yang terkenal sebagai seorang raja yang bersikap adil terhadap rakyatnya, maka ucapannya jadi sumbang serta tidak disenangi oleh ramai hadirin.

    Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh yang turut hadir mewakili Menteri Besar antara yang tidak senang dengan ucapan Naib Presiden Umno itu lalu membidas, "Memang realiti semasa dalam Umno menunjukkan bahawa Ali telah ketinggalan dari segi sokongan terhadapnya, tapi amat tidak wajar untuk dia 'meracau' dalam program seperti ini untuk menaikkan saham dirinya."

    Di samping menyiarkan kecaman Dr. Ismail dalam laman web Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, saya turut menyiarkan petikan tulisan Mohd Fadli Ghani perihal perderhakaan Presiden Umno yang pertama, Dato' Onn Jaafar terhadap Sultan Kedah iaitu Tunku Badlishah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim yang memerintah Kedah sekarang.

    Fadli menulis, "Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah (Tunku Badlishah) dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union.

    "Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

    Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Presiden Umno, Dato' Onn sekali lagi menderhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan.

    "Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato' Onn menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

    "Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai 'kacang lupakan kulit' dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949."

    Rupanya, kisah sejarah yang disiarkan dalam laman web rasmi Urusetia Penerangan itu mendapat sambutan sangat baik dari pembaca. Mereka mencadangkan supaya catatan perderhakaan Umno disenarai dan disebarkan seluas-luasnya. Biar mereka tahu dalam catatan sejarah Umnolah yang paling banyak menderhakai Sultan.

    Haris Che Mat dan para Pemuda Umno masih di alam kanak-kanak sewaktu Dr. Mahathir dan Umno mengadakan road show ke seluruh negara pada tahun 1983 bagi meminda perlembagaan untuk membuang kuasa raja-raja. Mereka tidak tahu perihal Tengku Ibrahim 'ditabalkan sebagai Sultan Kelantan' oleh Umno setelah BN kalah kesemua kerusi di Kelantan pada pilihnraya umum ke lapan. Mereka masih 'kanyak' untuk memahami tindakan Umno meminda perlembagaan pada tahun 1993 bagi membuang kuasa raja-raja. Ia didahului dengan perang saraf yang bertalu-talu oleh media talibarut BN mendedahkan keaiban raja-raja Melayu. Berminggu-minggu pihak istana dilondehkan.

    Sultan Kedah antara yang teruk diaibkan. Almarhum Dato' Fadzil Noor antara tokoh yang lantang menentang tindakan biadap Umno terhadap raja-raja. Ke mana Sultan Kedah pergi, orang PAS datang berpusu-pusu bertemu baginda. Dalam satu majlis di Masjid Zahir, Alor Setar, keberangkatan baginda disambut ribuan penyokong PAS dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku. Baginda sampai menitiskan air mata terharu. Sebab itulah tidak pelik jika Ustaz Fadzil satu-satunya tokoh yang menerima anugerah Dato' sewaktu menjadi pembangkang.

    Hari ini jika isu derhaka diputarkan oleh piring hitam karat Umno, ia hanya mampu membakar semangat Pemuda dan Puteri Umno yang tidak pernah menelek kitab sejarah. Veteran Umno yang jujur dan tidak memutarbelitkan peristiwa lalu seperti Tengku Razaleigh dan Tun Dr. Mahathir, setakat ini masih berani bercakap benar sekalipun terdapat ramai pemimpin Umno yang berpura-pura lupa. Melayu Umno mungkin mudah lupa, tetapi sejarah tidak pernah berbohong.
    DAPATKAN BERITA TERKINI DI www.wartakedah.com

    Wednesday, February 11, 2009

    CHE WANGI TERHARU TERIMA SUMBANGAN TIMBALAN SPEAKER




    Jerlun
    Jumaat, 17 Disember 2008

    Kehidupan Che Wangi Salleh 44, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hanya bergantung kepada pendapatan Mohd Azhar Abdul Hamid, anak ketiganya yang bekerja sebagai mekanik kereta.
    Kata wangi kadang-kadang kami terpaksa mengikat perut menunggu makanan yang dibawa pulang Azhar. ''Perbelanjaan rumah ditanggung oleh Azhar dan dibantu sedikit sebanyak oleh adik saya. Suami saya sudah meninggal ketika anak sulung Siti Shuhani,28,berumur 12 tahun jatuh dalam bilik mandi akibat serangan darah tinggi,'' katanya.
    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kubang Pasu memberi bantuan sebanyak RM 150 sebulan sejak kematian suaminya. Menurutnya bantuan yang diberi tidak mencukupi kerana turut menanggung perbelanjaan anak yang masih belajar dan tinggal di asrama.
    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Ustaz Hj. Abdul Ghani Hj. Ahmad yang baru pulang dari menunai fardu Haji di Makkah berkata, beliau cukup simpati keatas apa yang menimpa Che Wangi dan insyaallah akan membantu sedaya upaya. ''Disamping bantuan kebendaan yang dihulurkan, kita perlu mengadakan kursus kehidupan seperti bina insan supaya mereka ini terdorong kepada kehidupan yang seperti orang lain. Mereka juga perlu diberi suntikan agama khususnya kepada anak-anak remaja supaya mereka tidak terdorong melakukan sesuatu yang tidak elok,'' Katanya selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga Che Wangi . Sebelum itu beliau telah menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Alor Biak.

    PAK WAN WAKIL ADUN AYER HITAM BERSAMA KETUA KAMPUNG TANDOP KEDABU MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA 10 BUAH RUMAH FAKIR MISKIN DI KUALA JERLUN


    05 Disember 2008 Kuala Jerlun

    Seramai 10 keluarga miskin di sekitar Kuala Jerlun mendapat sumbangan beras,gula,kopi dan minyak masak. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Wan Yusuf bin Wan Jusuh (Pak Wan) Wakil ADUN Ayer Hitam. Turut bersama Ketua Kampung Abu Bakar Ismail (Bang Hassan) dan dua orang Ahli jawatankuasa MKK. Sumbangan tersebut disampaikan setiap bulan mengikut giliran kampung Kuala Jerlun, Kampung Enam Kupang dan Kampung Tandop Kedabu.

    Sunday, December 7, 2008

    KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MENYUMBANG 134 BASIKAL UNTUK ANAK YATIM / MISKIN






    Sabtu, 6 Disember 2008

    Jerlun, KEDAH.

    Kerajaan pakatan Rakyat telah menyampaikan 134 buah basikal kepada anak-anak yatim dan miskin melibatkan DUN Kota Seputih dan Ayer Hitam. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Hj. Mohamed Taulan bin Mat Rasul. Beliau juga dijemput memberi ucapan dan mengucapkan terima kasih kepada PKWR DUN Ayer Hitam yang menganjurkan majlis tersebut. Dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Waris/ ibu bapa. Turut memberi ucapan Pengarah MTD DUN Kota Seputih Tuan Haji Ismail Wan Teh.

    Wednesday, December 3, 2008


    Wednesday, December 3, 2008

    Kulim 2020: Daerah Kulim akan dinaiktaraf

    Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
    KULIM, 2 Disember: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 atau lebih dikenali sebagai Kulim 2020 adalah satu usaha kerajaan di bawah pengawasan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk membangunkan dan menaiktaraf ekonomi, sosial dan fizikal Daerah Kulim.
    Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, draf rancangan itu diwujudkan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran globalisasi khususnya perindustrian berteknologi tinggi dan hasrat untuk menjadikan Kulim sebagai Bandaraya Pintar di Negeri Kedah.
    "Kulim 2020 akan menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik yang telah diperuntukan di dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah untuk dilaksanakan di peringkat daerah," jelasnya.
    Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 di Dewan Majlis Perbandaran Kulim, di sini.
    Menurutnya, ia mengutarakan dengan lebih terperinci tentang cadangan-cadangan pembangunan yang direncanakan untuk kawasan Majlis Perbandaran Kulim sehingga tahun 2020 dan akan menjadi panduan kepada Majlis Perbandaran Kulim khususnya dan kerajaan negeri amnya di dalam memaju dan mencorakkan pembangunan di daerah ini.
    "Kita ingin menjadikan Kulim sebagai daerah berimej teknologi tinggi yang mesra penduduk tanpa mengabaikan aspek sekitar serta dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti dalam usaha menuju kemajuan fizikal, ekonomi dan sosial," katanya.
    Ujarnya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu cadangan, perancangan atau wawasan yang dibuat itu adalah di luar dari kemampuan atau ia adalah tidak realistik, namun, yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya.
    Beliau menjelaskan, pihak yang merancang hendaklah mempunyai pelbagai persiapan ke arah itu seperti kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan bagi sesetengah pihak menganggap kemajuan itu adalah sejauh mana atau sebanyak mana jumlah pembangunan yang berjaya di bawa ke satu-satu tempat.
    Tambahnya, jika kejayaan yang dicapai tidak dapat dirasai oleh rakyat atau semakin maju sesuatu tempat itu semakin terhimpit pula hidup rakyat, maka pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan pembangunan tersebut.
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 1:27 PM
    Labels:


    Wednesday, December 3, 2008

    Buat kebajikan, terutama di bulan Muharram

    Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
    ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyarankan warga Wisma Darul Aman memupuk dan menyemai diri dengan amalan kebajikan, terutama pada bulan Muharam ini.
    Kebajikan merupakan amalan yang membawa kepada kebaikan untuk kesejahteraan seluruh rakyat.
    Islam menggariskan empat panduan yang perlu disemai dalam diri bagi memupuk sifat kebajikan serta mengukuhkan iman. Antaranya, amalan berdoa di kalangan umatnya, setinggi manakah darjat kita di dunia ini, disisi Allah semuanya sama sahaja, menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah memohon hidayah, ujar beliau pada Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Aman semalam.
    Selain doa, kita perlu bertaqwa kepada Allah dengan cara melakukan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ketaqwaan perlu ditambah dengan keinsafan serta memohon kepada Allah kekayaan jiwa, iaitu menghindarkan diri daripada sifat tamak dan hasad dengki sesama insan di dunia ini, tambah beliau.
    “Sebagai pentadbir, kalau sikap ini ada, Insya Allah kita dapat jalan tugas dengan baik, kita akan diyakini dan kita akan dihormati serta jiwa rasa tenang dalam menjalankan tugas,” jelas beliau.
    Beliau berkata, selama sembilan bulan beliau mengetuai kerajaan, beliau dapati semua warga Wisma Darul Aman saling bekerja sama dalam mentadbir negeri Kedah dengan sempurna.
    “Tak lama lagi kita akan melangkah tahun 2009, banyak cabaran bakal kita tempuhi, jadi sama-samalah kita berusaha kekalkan keyakinan dunia bahawa negeri kita adalah negeri yang stabil ekonominya, politik serta sosial.
    “Maka, ramai orang akan datang ke negeri kita terutama dalam bidang pelaburan,” ujar beliau.
    Pada perhimpunan tersebut, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada 19 kakitangan Wisma Darul Aman yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam menjalankan tugas.

    Tuesday, December 2, 2008


    Monday, December 1, 2008

    AZAM DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR YANG BARU
    Oleh: AMELIA HASHIMamelia@kedah.gov.myALOR STAR, 30 November: Azam Datuk Bandar Bandaraya Alor Star yang baru Dato’ Haji Khazali Haji Din untuk membawa konsep keceriaan dan kebersihan di bandaraya Alor Star diluahkan kepada wartawan selepas istiadat pelantikannya diadakan di Istana Anak Bukit, hari ini.Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda ini berkata antara bandar Alor Star dengan Sungai Petani ada perbezaan dari sudut suasana dan gaya hidup warganya. Kebanyakan penduduk Sungai Petani bekerja makan gaji merangkumi kakitangan kerajaan, swasta dan kilang-kilang.Gaya hidup mereka memberi kesan kepada keceriaan Bandar Sungai Petani. Ini dapat kita lihat Sungai Petani pada suasana malamnya lebih ceria jika dibandingkan dengan Alor Setar ibu negeri Kedah yang terkenal sebagai Bandar pentadbiran.“Penduduk Sungai Petani yang berkerja pada waktu siang akan menikmati suasana malam untuk rehat sambil makan sama ada di gerai-gerai atau tempat-tempat makan yang eksklusif yang terdapat disekitar Bandar Sungai Petani.“Selain itu warga Sungai Petani juga akan menggunakan waktu malam untuk perbincangan atau pertemuan dengan teman-teman atau sesiapa sahaja yang tidak sempat dilakukan pada waktu siang,” katanya.Ini sangat berbeza dengan warga Alor Star yang datangnya dari pelbagai bidang pekerjaaan termasuklah kakitangan kerajaan, nelayan dan petani dan penternak. Gaya hidup mereka mempengaruhi suasana malam di Alor Setar , kebiasaannya jam 9 malam sudah kelihatan sepi . Kedai-kedai dan gedung membeli-belah kebanyakkannya juga sudah ditutup pada waktu ini. Antara langkah keceriaan yang akan diambil ialah dengan menukar pandangan minda masyarakat kepada budaya Bandaraya Alor Setar.“Masih terdapat penduduk yang di taman-taman perumahan yang memelihara lembu atau kambing iaitu haiwan yang tidak sepatutnya di pelihara dalam kawasan perumahan bandaraya,“Kita juga akan mengadakan aktiviti waktu malam selain keceriaan lampu-lampu yang mengindahkan bandar raya Alor Star,” katanya. Selain keceriaan cahaya lampu, beliau juga menekankan aspek kebersihan yang banyak menimbulkan isu kebelakangan ini. Bercakap mengenai kebersihan beliau tidak menafikan faktor yang menyumbang kepada lambakan sampah itu terletak kepada sikap masyarakat itu sendiri. Begitupun tidak dapat dielakkan kerana pengeluaran sampah datangnya dari aktiviti harian masyarakat itu sendiri.Untuk tujuan ini beliau mengharapkan bantuan dari pihak media melaporkan tempat-tempat yang berlaku longkang atau parit tersumbat yang menimbulkan masalah kepada penduduk.“Kita akan mengambil tindakan segera apabila mendapat laporan parit atau longkang yang tersumbat” ujarnya.Antara beberapa sebab yang menimbulkan masalah sampah di Bandaraya Alor Star kebelakangan ini. adalah kerana ada khabar angin tentang urusan kebersihan sampah ini kan diserahkan kepada pihak swasta. Oleh itu pihak Banadaraya Alor Setar menunggu keputusan itu dan enggan mengambil sebarang tindakan untuk beberapa bulan terakhir tahun ini.“Buat apa membelanjakan wang untuk kegunaan dua tiga bulan sahaja sekiranya urusan ini akandiserahkan kepada pihak lain, tapi sampai sekarang nampaknya tidak ada kata putus daripada Kerajaan Pusat” katanya.Menyentuh mengenai gerai-gerai yang berselerak di bandaraya ini komennya, semua gerai tersebut akan susun semula supaya berada dalam kaadaan sistematik dan sedap mata memandang sebagai imej sebuah Bandaraya.
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:17 PM

    Monday, December 1, 2008

    Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa
    Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
    Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
    Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
    "Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
    "Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.
    Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
    Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
    Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
    Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
    Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
    Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - mks._sumber harakahdaily

    Sunday, November 30, 2008



    DATO’ KHAZALI DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR

    Oleh: AMELIA HASHIM
    Amelia@kedah.gov.my

    ALOR STAR, 30 November: Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din telah dilantik menjadi Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1Disember ini bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat pelantikan berlangsung di Istana Anak Bukit oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

    Sebelum itu Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri menghadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Diikuti perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokma Majlis Bandaraya Alor Star.

    Selepas itu Datuk Bandar mengangkat sumpah disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikan. KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar di sudahi dengan bacaan doa.

    Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.

    Beliau lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebnagsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemperosesan Data di Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.

    Kemudian beliau skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukatrkan ke Pejabat Srtiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).

    Pada 1 Ogos 1987 beliau ditukar ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.

    Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.

    Pada 1 Disember 1996 menjadi Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Berikutnya beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar pada 2001 . Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007. Jawatan terakhir ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.

    Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

    Saturday, November 29, 2008

    GAMBAR GOTONG ROYONG PKWR BERSAMA MDKP













    GOTONG - ROYONG PKWR DUN AYER HITAM BERSAMA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU












    Sabtu, 29 November 2008

    AYER HITAM, KEDAH

    Program gotong - royong anjuran bersama Pusat Khidmat DUN Ayer Hitam bersama Majlis Daerah Kubang Pasu bertempat di persekitaran Pondok Ayer Hitam, Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Belakang Gerai MARA , Pusat Didikan An Najah dan PASTI Nurul Islam.

    Turut Hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu En. Abdul Halim Hassan , Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu Tuan Haji Abdul Wahab bin Abdul Rahman, Tuan Haji Abu Seman bin Saad, Sdr. Abd. Aziz bin Hat dan dua wakil Ahli Majlis dari Kubang Pasu dan Pengetua Sekolah Menengah Agama Nurul Islam Ustaz Omar dan 10 guru. Turut serta pihak Kementerian Kesihatan Daerah Kubang Pasu, 30 orang pekerja MDKP, 70 orang Ketua Kampung dalam Parlimen Jerlun dan 100 orang penghuni pondok tersebut.

    Tujuan diadakan program ini ialah bagi membersihkan persekitaran kawasan-kawasan tersebut supaya ianya bebas dari pembiakan nyamok Aides disamping itu dapat mengeratkan tali siraturrahim diantara MDKP dan orang ramai.

    Friday, November 28, 2008

    WARGA EMAS GEMBIRA DAPAT KERUSI RODA

    Warga emas gembira dapat kerusi roda
    RABU, 22 NOVEMBER 2008
    Sinar Harian - Linda Abdul Hamid Khamis 27 November 2008
    AYER HITAM - Seorang warga emas gembira apabila mendapat sumbangan kerusi roda daripada Timbalan Speaker Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Ustaz Abdul Ghani Ahmad.
    Che Ah Ahmad, 73, yang sudah hampir dua tahun lumpuh sebelah kanan kaki dan tangan jatuh sakit akibat diserang penyakit darah tinggi, menerima sumbangan kerusi roda baru di rumahnya di Kampung Tandok Kedabu.
    Anak bongsunya, Rosyitah Saman, 36, berkata, ibunya juga mempunyai penyakit kencing manis dan sering berulang ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam tiga bulan sekali untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat. “Selepas kematian suami, saya menjaga ibu sepenuh masa memandangkan ibu selesa dengan saya. “Ibu boleh mendengar dan memahami apa yang kita cakap tetapi dia tidak boleh bercakap sangat,” katanya.
    Menurut Rosyitah, ibunya juga pernah menerima sumbangan berbentuk makanan daripada wakil rakyat dan Pusat Zakat Negeri Kedah serta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kubang Pasu berupa bantuan bulanan sebanyak RM100. “Dahulu kami adik beradik kumpul duit untuk belikan ibu kerusi roda dan kini kerusi tersebut sudah tidak boleh digunakan memandangkan bahagian besi di tayar sudah karat dan tidak boleh bergerak. “Saya mandikan ibu di kerusi roda tersebut kerana kami tidak mampu untuk membuat bilik mandi khas untuk ibu,” katanya.

    Monday, November 24, 2008

    ISU HANGAT- Kenyataan S/usaha Akbar MB

    Monday, November 24, 2008

    Kenyataan Akhbar Isu Babi oleh Pejabat MB
    Kenyataan Akhbar
    Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3
    Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19November 2008.
    Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakalmembuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
    Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satupembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatatdalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama DewanUndangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).
    Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan namabaik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikanKerajaan dan berbentuk provokasi.
    Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapataduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
    Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulumelalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK)Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri KedahDarul Aman.
    Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar,Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusanKerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masihmenggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
    Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesyentelevisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 Novembermelalui slot Buletin Utama.
    Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besarjuga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri PakatanRakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihakVertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bilaladang berpusat itu akan dibina.
    Pembinaan ladang ternakan itu katanya, adalah untuk kebaikan semuapihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah sepertipencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
    Menurut Ustaz Azizan, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladangayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahanrakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
    Dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satutempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkinatau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
    Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedahlebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahanjika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah danmemusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh darikawasan penempatan penduduk.
    Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipunjauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isubahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yangluas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa beritaberkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebihmembela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan danditempatkan di kawasan yang terpencil.
    Mohd. Helmi Mohd. KhalidSetiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah Darul Aman
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:03 AM

    Friday, November 21, 2008

    MAJLIS BERKHATAN BERAMAI RAMAI
















    Khatan beramai hilang takut

    Sabtu, 22 November 2008
    Sinar Harian by Linda Abdul Hamid Isnin 24 November 2008

    AYER HITAM - Menjadi kebiasaan dan adat apabila tiba hujung tahun, kanak-kanak berusia antara 8 hingga 12 tahun akan melalui proses berkhatan.

    Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), YB. Ustaz. Abdul Ghani Ahmad berkata, program itu bertujuan untuk meringankan kos berkhatan yang terpaksa ditanggung keluarga mereka.
    Katanya, ia juga dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan memandangkan kos berkhatan sekarang agak mahal. “Majlis ini kami adakan secara mengejut kerana ia merupakan julung kali diadakan selepas Pas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac lalu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan wang kepada kanak-kanak yang berkhatan.
    Majlis itu diadakan dengan kerjasama Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star.
    Kanak-kanak yang berkhatan diarak menaiki bas ke HSB untuk dikhatankan, sebelum dibawa ke Markas Pas DUN Ayer Hitam.
    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata, program kebajikan itu diadakan secara percuma dan waris hanya perlu membayar RM30 untuk pendaftaran, berbeza jika berkhatan di klinik yang mengenakan bayaran antara RM90 hingga RM110.“Selain kanak-kanak ini ditemani waris, mereka juga seronok dan kurang rasa sakit kerana berkhatan beramai-ramai bersama rakan sebaya.“Sehingga kini, waris berpuas hati dan majlis berjalan dengan sempurna," katanya.

    YB. Ustaz Abdul Ghani beramah mesra dengan kanak-kanak yang selesai berkhatan.

    MAJLIS BERKHATAN

    BERAMAI RAMAI AKAN DIADAKAN
    PADA 22 NOV 2008.
    SEMUA WARIS YANG BERMINAT
    DIMINTA MENDAFTARKAN ANAK MEREKA
    DI PKWR DUN AYER HITAM.

    KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

    HJ. NAIM 019 - 4217094

    MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PASTI PEKAN PDG SERA




    Majlis penyampaian hadiah kepada murid murid PASTI telah diadakan di Pasti cawangan pekan padang sera.Ianya diadakan sempena majlis graduasi bagi tahun 2008.Majlis tersebut di pengerusikan oleh Che Kar Che Saad Pengerusi PASTI Pekan pdg Sera.Turut hadir dan memberi ucapan adalah Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam Y.B Ustaz Abd Ghani Ahmad dan wakil PASTI Ajk kawasan Jerlun Saudara Ghozwan Hj Ibrahim .Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid,azan,Bacaan Khutbah dan Pidato daripada anak anak PASTI.

    Tuesday, November 18, 2008


    Tuesday, November 18, 2008

    KDYMM Tuanku Sultan ucap Selamat Jalan kepada jamaah Haji
    Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
    ALOR STAR, 17 November: Seramai 3,500 jemaah haji dari negeri iniberlepas ke tanah suci Mekah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim(LTSAH), Kepala Batas, di sini pada tahun ini berbanding 3,400 jemaahhaji pada tahun lalu.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenanberangkat ke LTSAH bagi mengucapkan selamat jalan kepada jemaah hajiyang berlepas ke tanah suci Mekah.
    KDYMM Tuanku Sultan Kedah tiba di LTSAH tepat pukul 2.00 petang dandisambut oleh Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    KDYMM Tuanku Sultan Kedah meluangkan masa hampIr 20 minit bersama 125jemaah haji yang berlepas dari LTSAH tepat pukul 3.15 petang.
    Penerbangan itu adalah penerbangan kedua ke Jeddah bermula dari 15November 2008, manakala penerbangan terakhir pada 26 November 2008.
    Turut hadir dalam majlis itu ialah isteri Menteri Besar, YABhg. To'Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah; Menteri Besar Perlis, YAB. Dato' SeriDr. Md. Isa Sabu dan isteri; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan(EXCO); Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato' Bijaya InderaDato'Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabudin; MuftiNegeri Kedah, Dato' Hasbullah Abdul Halim dan Pengarah Lembaga TabungHaji Negeri Kedah, Hj. Mohd. Pozi Hj. Senawi.

    Monday, November 17, 2008

    KEDAH ADALAH NEGERI TERTUA DI NEGARA INI
    Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
    ALOR STAR, 13 November: Negeri Kedah adalah negeri tertua di negara ini dan ia telah wujud seawal kurun ke-4 di mana ini terbukti dengan jumpaan arkeologi di Lembah Bujang dan merupakan negeri yang pertama menerima Islam.
    Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Yang berbahagia Dato' Dr. Muzahet Masruri berkata, Kesultanan Kedah juga adalah satu-satunya Kesultanan di negara ini yang rentetan salasilah bermula dari tahun 1,136 sehingga sekarang.
    "Kebudayaan Kedah amat tinggi nilainya hasil pertembungan kebudayaan luar seperti Cina, India, Arab, Siam, Burma, Inggeris, Portugis, Belanda, Siak, Acheh dan Perancis," jelasnya.
    Beliau berkata demikian pada majlis Pengkisahan Sejarah Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah yang ke-28 di Auditorium Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis, di sini.
    Beliau berharap pihak Kementerian melalui Jabatan Warisan Negara menjalankan penyelidikan dan kajian yang terperinci tentang sejarah kebudayaan, kesenian dan warisan negeri Kedah Darul Aman.
    "Bermula dari tahun 1,136, terdapat sebanyak lapan buah pusat pemerintahan Kesultanan Kedah yang bermula dengan Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas di selatan dan setelah itu, ianya berpindah pula ke Kota Si Putih dan Kota Naga di sebelah utara di mana pusat pemerintahan ini kemudiannya bertukar Perlis iaitu ke Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan selanjutnya ke Kota Bukit Pinang dan ianya berakhir di Kota Star pada tahun 1735," katanya.
    Dato' Dr. Muzahet menegaskan bahawa terdapat 28 orang Sultan yang memerintah di kota-kota tersebut silih berganti selama 872 tahun dan ini jelas membuktikan bahawa negeri Kedah memiliki sistem beraja dan institusi Kesultanan terawal di Nusantara.
    Ujarnya, rakyat negeri Kedah amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, KDYMM Tuanku Sultan Kedah Berjaya mencapai dan menduduki takhta pemerintahan yang ke-50 tahun dan telah sama-sama dirayakan bermula pada 14 Julai 2008.
    "Di samping mengucapkan tahniah di atas kejayaan cemerlang pemerintahan Tuanku Sultan Kedah selama 50 tahun, kita tidak lupa berdoa kepada Allah SWT agar baginda dikurniakan Allah SWT agar terus berada dalam keadaan sihat walafiat dan terus memerintah negeri ini dengan penuh kedaulatan dan kebesaran serta semoga negeri Kedah Darul Aman terus berada dalam keadaan aman damai dan sejahtera," jelasnya.
    Tambahnya, kurniaan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok pada majlis Konvokesyen Diraja baru-baru ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada pemerintahan, bimbingan dan restu KDYMM Tuanku Sultan Kedah kerana dalam tempoh 50 tahun ini telah Berjaya meletakkan negeri Kedah antara negeri yang sejahtera dan rakyat jelata dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa.
    Beliau berkata, bermula dari abad keempat belas telah berlaku persaingan antara barat dan timur untuk menguasai perdagangan dan politik di Kedah dan sungguh pun begitu, segala rintangan tersebut dapat diatasi dan Kesultanan Kedah tetap dapat berdiri teguh serta berkesinambungan hingga ke hari ini.
    Tuesday, November 18, 2008

    KERAJAAN NEGERI MEMAJUKAN TANAH TERBIAR SECARA KOMERSIAL BAGI MENINGKATKAN KAWASAN PERTANIAN,
    Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
    ALOR STAR, 16 November: Kerajaan Negeri berharap pelan yang telahdirancang oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah bersamajabatan-jabatan yang terlibat dengan sektor pertanian akan membantukerajaaan memantapkan lagi sektor pertanian di negeri ini sertamerealisasikan hasrat kerajaan untuk lahir sebagai peneraju di dalamsektor pertanian negara.Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata,objektif utama Kerajaan Negeri melancarkan halatuju baru di dalamsektor pertanian adalah dengan memberikan tumpuan kepada empat subsektor utama di dalam pertanian iaitu sub sektor tanaman, sub sektorpenternakan, sub sektor perikanan dan sub sektor pemasaran.Menurutnya, di dalam sektor tanaman, Kerajaan Negeri telah memberikantumpuan kepada kawasan-kawasan tertentu bagi dua jenis tanaman iaitudi kawasan utara sebagai tanaman jagung dan di kawasan selatan untuktanaman nenas."Manakala tanaman padi akan kekal di kawasan sedia ada dan juga akandibangunkan di kawasan luar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)untuk menambahkan lagi kawasan tanaman padi di negeri ini," jelasnya.Beliau berkata, pengeluaran padi telah menunjukkan peningkatan dari750,552 tan metrik pada tahun 2006 kepada 870,886 tan metrik padatahun 2007 di kawasan MADA manakala bagi projek Kelompok Padi di bawahJabatan Pertanian, pengeluarannya telah mencapai 39.3 juta kilogramsetahun.Ujarnya, Kerajaan Negeri juga akan memberikan tumpuan khusus kepadatanaman padi di luar kawasan MADA dengan mengekalkan serta memajukanlagi tanah-tanah pertanian yang sesuai dan berpotensi sebagai kawasanpertanian.Kerajaan Negeri, katanya, akan memajukan tanah-tanah terbiar secarakomersial bagi meningkatkan kawasan pertanian, contohnya sepertiprojek ternakan udang di kawasan sawah terbiar di Kampung Kerawai, Sikyang kini dalam proses pelaksanaan."Kerajaan juga akan terus menggalakkan projek-projek dilaksanakansecara berskala besar dengan usahasama pihak swasta dan anak syarikatkerajaan negeri, contohnya ialah Projek Jagung Manis di Bukit Tanggaiaitu usahasama Kedah Agro bersama Sime Darby," ujarnya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Konvensyen Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Kedah 2008 di Dewan Sri Mentaloon, disini.YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan menegaskan bahawa beberapa projek telahpun dilaksanakan oleh GLC di negeri ini yang boleh dijadikan sebagaicontoh seperti Projek Penternakan Baka Ayam oleh Perbadanan KemajuanNegeri Kedah (PKNK), Penternakan Lembu Fidlot di Bukit Kura, PadangTerap oleh NCIA dan beberapa lagi projek yang di dalam prosespelaksanaan."Sesungguhnya, bidang pertanian adalah bidang yang menjanjikanpendapatan lumayan kepada golongan petani sekiranya ia dilaksanakansecara bersungguh-sungguh di mana bidang pertanian bukan sahaja satuperniagaan malah ia juga adalah satu ibadah," katanya.Tambahnya, Kerajaan Negeri mengharapkan lebih banyak produk-produkyang menepati piawaian dapat dikeluarkan oleh pengusaha pada masa akandatang dan Kerajaan Negeri amat menghargai segala usaha serta semangatyang ditunjukkan oleh golongan petani bagi membantu membangunkansektor pertanian di negeri ini.

    PERSIDANGAN DUN KEDAH

















    Gambar sekitar persidangan DUN Kedah
    18, 19, 20 Novenber 2008






    Monday, November 17, 2008

    Tuesday, November 11, 2008

    MInda Editor - Polisi Baru perumahan bukan isu perkauman
    TEMPAT BERTEDUH adalah merupakan keperluan asasi setiap manusia. Menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah untuk mempastikan setiap rakyat memiliki rumah sebagai tempat berteduh.Malangnya, masih terdapat ramai rakyat negeri ini yang tidak dapat memiliki rumah sendiri, terutamanya kaum Bumiputera. Antaranya disebabkan oleh polisi kuota perumahan yang diwujudkan sebelum ini, memperuntukkan 30 peratus sebagai kuota yang wajib disediakan oleh pihak pemaju untuk Bumiputera. Alasannya Bumiputera tidak mampu memilikinya, walhal setiap kali iklan rumah dikeluarkan semua tempahan (sekalipun untuk kuota Bumiputera) sudah 'habis' ditempah jika rumah tersebut dari kategori sederhana.Dalam satu situasi yang lain pihak pemaju terlalu ghairah membina rumah kos mewah atau rumah yang terlalu mahal harganya sehinggakan golongan terbesar yang amat memerlukan rumah tidak mampu membelinya.Polisi kuota perumahan yang mewajibkan 50 peratus rumah untuk jualan kepada Bumiputera di atas tanah Rizab Melayu yang ditukar ganti/status (swapping) adalah merupakan suatu langkah rasional kerajaan supaya pihak pemaju melaksanakan tanggungjawab sosial untuk turut membina rumah yang mampu dimiliki oleh golongan terbanyak yang memerlukan rumah. Lebih-lebih lagi di atas tanah yang asalnya adalah Tanah Rizab Melayu.Untuk jangkamasa panjang, demografi penempatan yang meletakkan masyarakat Cina di taman perumahan atau di bandar sahaja dan Melayu terpinggir di luar bandar; akan dapat dihapuskan. Dalam ertikata lain, polarisasi kaum dapat diredakan.Polisi kuota 50 peratus perumahan untuk Bumiputera bukan isu perkauman, tetapi sebagai suatu usaha melenyapkan isu perkauman untuk jangka masa panjang apabila masyarakat dari pelbagai kaum dapat bersama dalam satu lokasi dan komuniti yang sama. Di sebalik apa-apa polisi pun yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, kerajaan sentiasa memahami masalah lain yang timbul. Begitu juga dalam isu perumahan ini. Jika terdapat pihak yang membantahnya, maka tiada sebab bagi kerajaan untuk tidak mahu mendengar pandangan mereka.YAB Menteri Besar memberi jaminan bahawa pelaksanaan polisi kerajaan sekali-kali tidak akan menganiayai mana-mana pihak. Kerajaan bersikap terbuka.
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:09 PM

    Sunday, November 16, 2008

    SIDANG AKBAR OLEH MB

    Friday, November 14, 2008

    Sidang Akhbar Oleh MB
    Oleh: AMELIA HASHIM
    ALOR STAR, 12 November: DAP mengugut mahu keluar dari Pakatan Rakyat(PR) sekiranya desakan supaya Kerajaan Negeri Kedah membatalkan dasarbaru yang dikeluarkan mengenai kuota bumiputra yang ditambah menjadi50 peratus tidak diambil tindakan. Itu terserahlah kepada DAP sendiri.Kerajaan Negeri Kedah tidak ada hak untuk menahan.
    "Kuota bumiputera telah dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus bagimembolehkan rakyat miskin dapat memilikki rumah sendiri," kata MenteriBesar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak ketika mengulassoalan wartawan mengenai bantahan Rehda terdapat dasar itu yangmendapat reaksi daripada DAP tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan...
    Menurutnya, ini hal dalaman dan tidak munasabah bagi DAP di Selangormengeluarkan kenyataan begitu. Sedangkan Kerajaan Pas yang memerintahKedah sekarang tidak pernah menyentuh dasar pemerintahan mana-manakerajaan PR lain sama ada Selangor, Pulau Pinang, Perak ataupunKelantan.
    "Sedangkan sekarang ini antara Kerajaan Negeri dengan Persatuan PemajuHartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak timbul apa-apa masalahlagi. Kita tidak mahu surat khabar memberi laporan yang bercanggahdengan kenyataan sebenar,
    "Wakil Rehda datang berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri YB Taulan danYB Dato' Fakhrolrazi untuk berbincang. Sekarang tidak ada sebarangmasalah. Mereka setuju dengan dasar itu. Sekiranya kuota Bumiputratidak habis dijual kita ada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)yang akan membelinya kerana kita tidak mahu ada sesiapapun yang rugi,katanya.
    Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan berpejabatdi Wisma Darul Aman sebanyak 42,386 pemohon rumah kos rendah yangmendaftarkan untuk memilikki rumah dari tahun 1996 hingga 15 Oktober2008. Dari angka itu 18,789 sudah berjaya memilikki rumah dan bakinyasebanyak 13,597 dalam senarai menunggu.
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:13 AM

    Saturday, November 8, 2008

    PERJUMPAAN DAN DIALOG KESELAMATAN MKK & KAUM CINA





    6 November 2008
    Khamis

    Pekan Ayer Hitam, KEDAH
    Majlis perjumpaan dan dialog keselamatan kampung bersama kaum Cina disekitar Pekan Ayer Hitam anjuran Jawatankuasa Majlis Ketua Kampung (MKK)Pekan Ayer Hitam. Majlis bermula jam 9.30 malam bertempat dibilik mesyuarat Balai Bomba Sukarela Ayer Hitam .

    Turut hadir Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu Tuan Hj. Abu Seman bin Saad, Setiausaha Peribadi ADUN Ayer Hitam sdr. Wan Yusuf bin Wan Jusuh, Pegawai Khas ADUN Ayer Hitam Hj. Mohd. Naim bin Hj. Musa, Ketua Kampung Padang Tui Ustaz Abdul Halim Morad turut hadir Ketua Balai Polis Ayer Hitam SM Saidin bin Ibrahim, Ahli Jawatankuasa MKK Pekan Ayer Hitam Sdr. Lim Bok Hoo dan Ong Ching Swee. Majlis dipengurusikan oleh Setiausa MKK Pekan Ayer Hitam Sdr. Nazeri bin Hashim.

    Turut memberi ucapan Tuan Hj. Abu seman Saad, beliau menyentuh masalah kemudahan asas dan masaalalah kebersihan ditempat membuang sampah yang telah diadukan dan beliau telah memaklumkan kepada Majlis Daerah. Beliau juga meminta jika ada sebarang masaalah berkaitan perkara tersebut boleh berhubung dengannya. Sebelum itu Pengerusi Bomba Sukarela Ayer Hitam Lim H0ng Hung dalam ucapan aluannya beliau mengucapkan terima kasih pada pihak MKK yang menganjurkan majlis tersebut. Turut berucap Ustaz Abdul Halim bin Morad mewakili Y.B Ustaz Abdul Ghani Ahmad yang masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat urusan kerajaan negeri. Dalam ucapan, beliau menyeru masyarakat Cina dapat bekerjasama dan merapatkan lagi perpaduan kaum diantara orang Cina dan melayu supaya segala masaalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.

    Ketua Balai Polis Ayer Hitam SM Saidin bin Ibrahim dijemput memberi ucapan penutup majlis tersebut dan beliau mengucapkan terima kasih pada pihak Jawatankuasa MKK kerana dengan adanya program ini dapat merapatkan lagi pihak Polis dengan orang awam dan dapat membantu mengurangkan jenayah Khasnya di Pekan Ayer Hitam.

    Monday, November 3, 2008

    PAGI TERIMA WATIKAH PETANG TURUN PADANG BERSAMA Y.B USTAZ ABD. GHANI AHMAD

    02 November 2008
    Kuala Jerlun, KEDAH

    Tak sampai satu hari terima watikah sudah melaksanakan tugas dan tanggung jawab sebagai Ketua Kampung. Encik Abu Bakar bin Ismail lebih dikenali dengan nama bang Hassan Ketua Kampung Tandop Kedabu dan kampung Enam Kupang dalam kawasan Kuala Jerlun. Beliau dan Cikgu Ismail bin Osman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam YB. Ustaz Abd. Ghani bin Ahmad dan kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat( PKWR ) DUN Ayer Hitam, menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di kampung tersebut dalam bentuk keperluan harian. Sumbangan agihan akan diberikan mengikut giliran pada setiap bulan, ia ditentukan oleh En. Abu Bakar Ismail selaku Ketua Kampung
    (Tandop Kedabu dan Enam Kupang) serta Cikgu Ismail Osman yang mewakili HPA Industri bertindak sebagai penyumbang bantuan tersebut. Bantuan
    t
    ersebut telah disampaikan oleh YB. Ustaz Abd. Ghani bin Ahmad. Sumbangan agihan ini telah diberikan kepada sepuluh orang fakir miskin yang di pilih."Inilah sikap yang perlu dicontohi oleh Ketua-Ketua Kampung yang lain".Kata YB. Ustaz Abd. Ghani Ahmad.


    MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG





    MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG

    02 OKTOBER 2008
    Kampung Sanglang KEDAH.
    Pada jam 10.00 pagi telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ketua Kampung bagi DUN Kota Siputeh dan DUN Ayer Hitam dalam parlimen Jerlun seramai 105 orang.Majlis tersebut dihadiri oleh ADUN Ayer Hitam Y.B Ustaz Abd.Ghani bin Ahmad, Bekas calun Kota Siputeh Tuan Haji Ismail bin Wan Teh, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu Tuan Haji Abdul Wahab bin Abd.Rahman,Tuan Haji Abu Seman bin Saad dan En. Abdul Aziz bin Hat, Penghulu Sanglang En. Mohd. Amin bin Yahya, Penghulu Mukim Pering En.Nor Afdzal bin Md. Nor, Penghulu Mukim Padang Perahu En. Amran bin Hanafiah, Penghulu Mukim Putat En. Zamkhoshari bin Ahmad, Penghulu Mukim Tunjang En. Husin bin Haji Omar dan Penghulu Mukim Jeram En. Azizi bin Abdullah.

    Y.B Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad dalam ucapannya mengucap tahniah kepada mereka yang terpilih dalam pemilihan tersebut dan beliau berharap jawatan yang diamanahkan dapat dipikul dengan penuh amanah dan jujur. Beliau juga menasihatkan jangan mengambil sikap berat sebelah, balas dendam, perkauman kerana sikap sebegini telah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Beliau juga meminta supaya bersama dengan Penghulu Mukim masing-masing dalam menyelesaikan masaalah dan memajukan kampung .Selepas memberi ucapan beliau menyampaikan Watikah perlantikan kepada 63 orang ketua kampung dalam DUN Ayer Hitam dan Tuan Haji Ismail Wan Teh menyampaikan Watikah kepada 42 orang bagi DUN Kota Siputeh.

    Turut memberi ucapan enam orang Penghulu yang hadir dan memperkenalkan diri masing-masing dan menyeru Ketua Kampung bersama dalam melaksanakan tugas yang dipertanggung jawabkan.Majlis tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.


    Thursday, October 30, 2008

    Wakil rakyat akan dinaikkan gaji di Kelantan

    29/10/2008 6:50pm

    KOTA BHARU 30 Okt. _ Kerajaan negeri bersetuju untuk mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan beban mereka dalam melaksanakan tugas untuk membantu rakyat.

    Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat exco untuk dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

    Beliau berkata, cadangan untuk supaya elaun tersebut dinaikkan dengan menyamai gred N52 kakitangan kerajaan adalah munasabah dengan beban yang terpaksa ditanggung oleh wakil rakyat.

    "Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah supaya elaun dinaikkan, untuk makluman kita tidak mengikut langkah kerajaan pusat yang telah menaikkan elaun Ahli Parlimen sebanyak dua kali sebelum ini," katanya ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. - Utusan

    Polis bersama Masyarakat












    28 oktober 2008

    Pada jam 9.30 malam telah diadakan perjumpaan pihak polis bersama masyarakat yang diadakan di dewan orang ramai kampung sanglang.Kehadiran dianggarkan seramai 150 orang penduduk kampung sekitar sanglang ,kerpan dan ayer hitam.Pegawai polis yang hadir adalah Asp Tuan Ishak Ali mengantikan ketua polis daerah,SM Saidin Ibrahim Ketua balai ayer hitam,SM Sulaiman ketua balai kodiang dan L/Koperal Rozaimi Hashim Ketua Pondok polis sanglang.Turut hadir Y.B Ustaz Abd Ghani Ahmad Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam , UStaz Abu Bakar Taib Imam Masjid Ayer Hitam dan penghulu mukim sanglang En Mohd Ami n Yahya.

    Dialog ini diadakan berikutan peningkatan masalah Penagihan dadah ,masalah kecurian baja,masalah perjudian dikalangan remaja dan gejala sosial.Berbagai persoalan ditimbulkan penduduk mengenai masalah penagihan dadah dan cara mencegahnya.Namun pihak polis perlu mendapat kerjasama masyarakat untuk membendung masalah sebegini.Bagi masalah kecurian baja pula pihak polis meminta orang ramai melaporkan kejadian dan memerhati siapakah dalang yang membeli baja curi ini. sikap sebigini dapat memudahkan kerja pihak polis membenteras masalah berikut.Mengenai masalah perjudian dan gejala sosial pula pihak ibu bapa perlu lebih memberikan perhatian kepada anak anak remaja agar dapat memerhatikan perubahan kelakuan dan tabiat mereka.Maka barulah dapat mencegah mereka daripada terjerumus kedalam masalah perjudian dan gejala sosial.

    Pihak polis memohon masyarakat agar menyalurkan maklumat tentang jenayah dan masalah sosial di tempat mereka agar tindakan dapat diambil segera.Talian hotline Polis Kontinjen Kedah bernombor 04-7392999 itu bertujuan untuk memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.Dialog telah tamat pada jam 11.30 malam. Para penduduk amat berpuas hati dengan jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan dan berjanji akan berkerjasama dengan pihak polis untuk membenteras jenayah dikawasan mereka.


    HOTLINE POLIS KEDAH 04-7392999 -BERSAMA MEMBENTERAS JENAYAH

    Monday, October 27, 2008

    Ziarah Kematian












    27 oktober 2008

    Pada jam 9.30 malam pihak PKWR DUN Ayer Hitam bersama wakil rakyat kawasan Ayer Hitam Y.B Ustaz Abd Ghani Ahmad telah melakukan ziarah kematian kaum tiong hua di dewan pertubuhan perkuburan Hock Chuan An Jerlun. Mendiang En Ong Teng Choon telah meninggal akibat sakit tua.Ini menunjukkan sikap mengambil berat tidak mengira bangsa atau agama.seharusnya sikap sebegini diamalkan setiap masa tanpa unsur perkauman.Ziarah ini adalah diatas jemputan ketua kelab penyokong PAS jerlun iaitu Saudara 'Eng Dolah'. Keluarga mendiang turut mengucapkan bebanyak terima kasih diatas keperihatinan dan sedikit sumbangan yang dihulurkan oleh Y.B Ustaz Abd Ghani Ahmad serta sudi melapangkan masa melakukan ziarah.

    Sunday, October 26, 2008

    Perjumpaan dan dialog bersama LKIM dan Jabatan Perikanan






    26 oktober 2008

    Kuala Jerlun , KEDAH
    Pada jam 2.30 petang telah diadakan perjumpaaan dan dialog diantara Nelayan dengan LKIM,Jabatan Perikanan Malaysia dan Majlis Daerah Kubang Pasu.Majlis ini dianjurkan oleh PWKR DUN ayer hitam yang diwakili oleh Y.B Ustaz Abd Ghani Ahmad Wakil Rakyat memerangkap Timbalan Speaker DUN kedah dan dipengerusikan oleh Pengarah PKWR DUN Ayer hitam Ustaz Mohd Radzuan Yaakob. Wakil-wakil yang hadir adalah En Abdullah Ibrahim wakil pengarah LKIM,En Teoh pengarah jabatan perikanan,En Wan Azni Wan Abdullah Timbalan pengarah perikanan,Hj Md Suhaimi Abd Rahman Penolong pegawai daerah bahagian penbangunan dan En Halim setiausaha MDKP.Tujuan perjumpaan dan dialog ini diadakan adalah untuk menyelesaikan masalah Penempatan,perlesenan perlalatan menangkap ikan dan kemudahan asas.Turut dibincangkan adalah masalah subsidi minyak yang dijanjikan oleh pihak kerajaan pusat sehingga kini masih belum selesai berikutan isu pengunaan enjin yang tidak menepati piawaian kerajaan.Hanya pengguna engin sangkut sahaja yang layak mendapatkan lesen dan bantuan subsidi minyak.berikutan masalah tersebut satu jalan penyelesaian telah dipersetujui bersama iaitu diwujudkan bantuan dana pinjaman supaya para nelayan dapat menukar enjin dan memohon lesen bot mereka.Dianggarkan 300 orang telah menghadiri program ini.

    Masalah beting selut juga telah dibincangkan dan pihak Jabatan perikanan tel bersetuju untuk meluas dan mendalamkan kuala sungai yang semakin cetek akibat mendapan selut.Agak sukar bagi nelayan untuk membawa bot mereka keluar kelaut kerana bot mudah tersangkut beting selut.Namun sekiranya kerja kerja mendalam dan meluaskan kuala sungai berjalan lancar seperti yang dijanjikan maka ianya akan membantu nelayan kita mudah keluar mencari rezeki.Pihak Jabatan perikanan juga memohon agar para nelayan melaporkan terus masalah mereka supaya tindakan segera dapat diambil.Para nelayan boleh terus kepejabat perikanan yang baru di ANAK BUKIT.Pihak Perikan dan LKIM juga berjanji untuk lebih kerap memantau aktiviti nelayan di kuala-kuala yang terlibat.

    Pengusaha- pengusaha belacan menegahkan masalah mereka iaitu mereka tidak dapat menanguk udang berikutan pengubahsuaian enjin bot tersebut kerana enjin sangkut tidak dapat digunakan dikawasan air cetek manakala udang belacan hanya berada dikawasan air yang agak cetek.LKIM dan Perikanan sedang cuba mancari jalan penyelesaian samaada mengunakan teknologi baru atau diberikan kelongaran kepada pengusaha belacan.Mengenai masalah penempatan pula penduduk dikuala yang terlibat memohon pihak majlis daerah agar dapat menaik taraf dan membangunkan kawasan penempatan mereka termasuk program pelancongan.Memandangkan di kebanyakan kawasan kuala telah dibangunkan dengan prasarana seperti kawasan medan ikan bakar,homestay,chalet dan berbagai kemudahan untuk pelancung supaya dapat menambahkan pendapatan penduduk setempat.Pihak MDKP juga telah berjanji untuk membuka semua fail tentang projek kampung tersusun yang pernah diusulkan oleh penduduk.Majlis ini telah berjaya menyelesaikan berberapa masalah yang timbul.Semua yang mewakili Jabatan terlibat mengucapkan terima kasih Kepada Y.B yang menganjurkan majlis tersebut kerana ianya berjaya merapatkan jurang diantara nelayan dan pihak terlibat.Para nelayan juga berterima kasih kerana dapat meluahkan masalah mereka selama ini dan memohon agar aktiviti sebegini diteruskan pada masa akan datang.

    Sekian Terima kasih..

    ISU BANJIR TV3- KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB....PENTING

    Thursday, October 23, 2008

    ISU BANJIR TV3 - KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB...... PENTING
    Kepada;Semua Ketua BiroMedia cetak/eletronik 23 Syawal 142923 Oktober 2008
    Assalamualaikum / Salam Sejahtera
    KENYATAAN AKHBAR
    Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagalmendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.
    Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatuyang boleh digolongkan sebagai:
    1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.
    Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktobertelah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerangdan Dun Anak Bukit khususnya.
    Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd.Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan sepertiberas, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita,biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjirdi Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di DunGuar Chempedak.
    Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan danWanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di ParlimenPadang Terap dan Pokok Sena.
    Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakanlawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan,Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PASKawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun AnakBukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.
    Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghuludan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dantindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan danpertolongan berjalan dengan lancar.
    Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihakMADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.
    TV3 juga 'highlight' kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikansetakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenaiprosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteksmenyalurkan bantuan kewangan.
    Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaanakan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkankerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan JabatanKebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.
    Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu punsehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya,bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.
    Petikan ayat ' sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada diluar Negara ketika ini" juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuahilusi pemberitanya.
    Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misimenarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.
    Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsabanjir dapat pulang ke rumah masing-masing.
    Sekian, terima kasih
    Yang Benar
    (MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)Setiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah

    Thursday, October 23, 2008

    Kebakaran di Alor Biak Jerlun








    Pada 18 oktober yang lalu satu kebakaran telah berlaku di kampung alor biak,, jerlun. Kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah kedai yang kerugiannya dianggarkan bernilai RM 100.000.Mangsa Sudin Md Ali Berkata kejadian bermula pada jam 1.40 pagi ketika semua ahli keluarganya sedang nyenyak tidur dan ianya berpunca daripada kebocoran gas memasak.Tiada sebarang harta benda berjaya diselamatkan kerana keadaan yang kelam kabut namun keluarga mangsa bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban.Rumah tersebut didiami oleh 8 orang ahli keluarga dam mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pada hari yang sama Y.B Ustaz Abdul Ghani Ahmad serta isteri,setiausaha peribadi dan penolong khas beliau telah melakukan lawatan dan menghulurkan bantuan kewangan,makanan dan pakaian untuk mangsa.Penghulu mukim naga En Amran turut hadir menziarah dan menghulurkan bantuan kepada mangsa .Pelbagai bantuan lagi akan diusahakan untuk membantu mangsa meneruskan hidup. Kepada Syarikat-Syarikat,NGO dan orang persendirian yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi PKWR ayerhitam untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa.








    LAWATAN DAN BANTU MANGSA RIBUT






    Lawatan Dan Bantuan Mangsa Ribut

    Jumaat, 24 Disember 2008
    Pida 4, Tunjang, dan Pida Hj. Sabu, Kampung Lana Bulu, JERLUN KEDAH

    YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad menyampaikan Sumbangan kepada salah seorang mangsa ribut sdr. Ahmad bin Hamid di Pida Hj. Sabu Lana Bulu. Turut menyampai sumbangan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu Tuan Hj. Abu Seman bin Saad kepada mangsa ribut di kampung Pida 4 Tunjang dan Sdr. Wan Yusuf bin Wan Jusuh menyampaikan sumbangan ditempat yang sama.







    Khamis, 23 Oktober 2008

      JERLUN, KEDAH

      Timbalan Speaker DUN Kedah/ ADUN Ayer Hitam YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad bersama Tengku Bendahara Kedah Tengku Anuar serta isteri melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Indera Putra Kampung Telaga Batu .Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu En. Shuhaimi dan Penghulu Mukim Putat En. Zamkhosshari bin Ahmad dan Penghulu Mukim Naga/ Padang Perahu En. Mohd. Amran bin Hanafiah

      Seramai 131 mangsa banjir ditempatkan di sekolah tersebut.Mereka terdiri dari kampung Pasir, Kampung Naga, Kampung Budi dan kampung Telaga Batu


      Thursday, October 23, 2008

      EXCO, ADUN TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR
      Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
      ALOR STAR, 23 Oktober – Kedah negeri yang kerap dilanda banjir apabila hujan turun setiap hari lebih dari satu minggu. Kawasan yang kerap dilanda banjir termasuklah daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Padang Terap.
      Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Haji Ghazali untuk meninjau serta memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir.
      YB Ustazah Aishah turut diiringi oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad yang sudah dua hari berada di Pusat Persatuan Bulan Sabit Merah, Jitra iaitu tempat penyediaan bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di sekitar daerah Kubang Pasu.
      Berikutan hujan lebat sepanjang minggu ini, beberapa daerah di negeri Kedah sekali lagi dilanda banjir, antaranya daerah Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu, Kulim, Pokok Sena. Manakala daerah Kuala Muda dan Yan yang berada dalam keadaan terkawal turut mengambil langkah berjaga-jaga jika kemungkinan berlakunya banjir.

      YB Ustazah Aishah turut melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Masjid Kepala Batu, Dewan Kuala Pai dan beberapa kawasan di daerah Pokok Sena.
      Dalam lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir, beliau melihat sendiri kesusahan yang dialami oleh mangsa serta berkesempatan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah dan Pegawai Kebajikan Masyarakat mengenai bentuk sumbangan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir.
      Antara sumbangan yang diputuskan adalah berbentuk keperluan asas seperti beras, gula, susu, lampin bayi, air mineral, sayur-sayuran serta keperluan lain yang penting. Selain itu, mangsa turut akan diberi sumbangan untuk pembaikan rumah serta infrastuktur yang telah musnah. Bagi sawah-sawah padi yang musnah akan diambil tindakan oleh (MADA).
      Dalam lawatan ke pusat pemindahan di Masjid Kepala Batu, YB Ustazah Aishah sempat membantu seorang ibu yang merupakan mangsa banjir menyusukan anakwanita tersebut serta beramah mesra dengan seorang warga emas, Rabiah Saad, 80 tahun.
      Sementara itu di Alor Mengkudu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Dr. Ismail Salleh turut turun Padang melawat dan membantu mangsabanjir di kawasan yang diwakilinya. Antara kampong terbabit ialahTeluk Kandeh, Kuar, Tok Keling, Alor Penyengat, Kandai, Alor Binjal,Alor Sekawan, Alor Pak Ngah, Titi Haji Idris, Gelam dan Ganding.
      Begitu juga di DUN Kubang Rotan, YB. Mohd Nasir Mustafa bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kepala Bukit, Seberang Cegar, AnakBukit, Alor Ganu, Alor Madi, Alor Senjaya, Alor Perang, Sungai Baru, Titi Gajah, Alor Gunong, Pulau Kerengga, Simpang Empat Tanjung Bedil, Alor Berah, Behor, Alor Pial dan Alor Melintang.
      Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas teruk, seramai 940 mangsabagi daerah Kota Setar, manakala seramai 625 mangsa daerah Kubang Pasu. Hujan lebat yang berterusan menyebabkan air paras sungai meningkat yangmenyebabkan banyak rumah dinaiki air.

    Lawatan dan bantuan mangsa banjir






    Pada 22 oktober 2008 Y.B Ustaz Abdul Ghani Ahmad , pegawai khas termasuk wakil beribadi beliau telah melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dipenempatan sementara sekolah menengah indera putra telaga batu.seramai 131 mangsa banjir dari kampung telaga batu dan kampung budi didaerah kupang pasu telah ditempatkan di penempatan sementara setelah kampung mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1.0 meter.Mengikut laporan air mulai naik pada 21 oktober selepas hujan lebat selama berberapa jam.mengikut laporan kajicuaca hujan dijangka akan berterusan selama 2 minggu.


    Bantuan telah dihulurkan kepada pengelola penempatan sementara untuk diagihkan kepada mangsa banjir.Bentuk bantuan adalah beras,gula,kopi,teh,biskut kering,susu,dan telur ayam.Y.B Ustaz Abdul Ghani sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada mangsa.Kebanyakkan mangsa mengalami kerugian harta benda dan tanaman memandangkan sekarang adalah permulaan musim menanam padi.Berbagai usaha sedang dijalankan untuk membantu mangsa banjir kali ini.

    Tuesday, October 21, 2008

    Kalimah Allah Di Bukit Tunjang






    Surah Yaasin ayat 81-83 bermaksud
    “ Sesungguhnya keadaan kekuasan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: “jadilah” maka terjadilah ia Maka Maha Suci (Allah) Tuhan yang memiliki dan menguasai sesuatu dan kepada-Nyalah kamu di kembalikan.

    Penemuan terteranya kalimah Allah seolah-olah terukir di atas sebuah batu di Bukit Kuari Tunjang dikatakan hasil daripada letupan kauri di bukit berkenaan bukanlah sesuatu yang ganjil pada sisi Allah.
    Jika Allah mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman “ jadilahlah “ maka itu yang berlaku..namun persoalanya sejauhmana kita menilai akan kebesaran dan kehebatan Yang Maha Kuasa….. renung-renungkanlah !!!!!

    Sebagai insan yang beriman kita yakin akan kekuasaan Allah jesteru itu tingkatkan ketakwaan dan keimanan semoga kita semua beroleh kejayaan didunia dan diakhirat sesuai benarlah Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua..Semoga Rakyat Kedah Beroleh Keamanan dan Kedamaian dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (Teman Muasabah Anda,, )


    Waallahuaklam.


    Tuesday, October 14, 2008

    Perpaduan Kaum Bernula di Kedah- YB Phahrolrazi




    Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
    ALOR STAR 10 Oktober: Lima belas tahun yang lalu pada tahun 1993,Dewan Perhimpunan China Kedah telah menganjurkan secara besar-besaranPesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-10 di Stadium Darul Aman, di sini.
    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan,Kerja Raya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air danTenaga, YB. Dato' Haji Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, pada kaliini, lima buah persatuan utama iaitu Kwangtung, Hokkien, Hakka, Hainandan Teochew bergabung tenaga untuk mempersembahkan satu lagi pestaiaitu Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-25 di Persisiran TanjungChali, di sini.
    "Saya berharap pesta ini dapat mencapai objektifnya untukmemperkenalkan kebudayaan bangsa Cina di Negara ini kepada semua,termasuk bangsa-bangsa lain, pelawat-pelawat daripada luar negeri dannegara, di samping mempromosikan keistimewaan Negeri Kedah sebagaisebuah negeri yang aman, damai dan sejahtera," jelasnya.
    Menurutnya, sempena pesta ini, satu simposium kebudayaan akandianjurkan dan di antara penceramahnya termasuklah ahli cendekiawandan penyelidik daripada Negeri China, Taiwan dan Singapura telahdijemput untuk berkongsi buah fikiran dan hasil kajian mereka.
    Mengikut sejarah, katanya, perpaduan pelbagai kaum telah bermula diLembah Bujang, Merbok di mana terdapatnya pelayar-pelayar kapal dansaudagar-saudagar daripada India, Arab dan China telah menjadikanGunung Jerai sebagai pedoman untuk berlabuh.
    "Kaji-selidik di Kota Kuala Kedah telah menunjukkan sejarah penempatanorang Cina di Negeri Kedah telah bermula lebih lama lagi sebelumkemerdekaan. Semua ini adalah sumber dan panduan hidup kita bersama disini sekiranya terdapat kajian-kajian yang lebih mendalam," katanya.
    Beliau yang mewakili Menteri Besar turut mengesyorkan agar DewanPerhimpunan China Kedah meneruskan usaha dan semangat demimempertingkatkan daya tarikan negeri Kedah sebagai satu tempat yangselesa untuk didiami dan satu tempat pelancongan yang unik dan kayadengan budaya.
    "Kebudayaan ialah cara hidup yang merangkumi adat resam, kepercayaan,cara pemikiran mungkin akan lebih memahami cara hidup bangsa Cina,begitu juga bangsa Cina akan lebih memahami budaya persatuanmasing-masing," ujarnya.
    Tambahnya, antara hidup budaya yang penting ialah mewarisi budaya yangmulia kepada generasi muda pada hari ini di mana semangat dan jiwabangsa yang murni perlu disemai di hati golongan berkenaan.
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:14 PM

    Sunday, September 28, 2008

    SALAM LEBARAN DI AIDIL FITRI

    SELAMAT HARI RAYA
    Maaf Zahir Batin


    Dari kami seluruh warga Penerangan Kerajaan Negeri di Unit Penerangan dan Multimedia.
    Kepada YB, Ustaz Abd Ghani Ahmad serta semua kakitangan Pusat Khidmat disemua peringkat, muslimin/muslimat dimana sahaja anda berada.....
    Salam kemaafan, Salam Aidil Fitri

    dari kami: Zul, Ust Man, Azman, Kak Emelia, Zulkamal, Adi, Wadi, Aze, rj, Wahab,Siti, fizah dan Fakri
    rjwarta@yahoo,com


    Dari Galeri rjwarta@yahoo.com











    MB Kedah


    PERUTUSAN AIDIL FITRI YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
    Bagi pihak kerajaan Negeri Kedah, saya mengucapkan Selamat Hari RayaAidilfitri, kepada rakyat negeri Kedah dan tidak ketinggalan kepadaseluruh muslimin-muslimat di negara ini.Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kitamenunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadahdengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT,melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwakepada Allah Taala. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang senantiasamentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.Semoga 'Madrasah Ramadhan 1429' yang baru kita lalui ini akan menjadiikhtibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakansepanjang Ramadhan.Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan, kita bakal sama-sama menyambuthari kebesaran, iaitu Aidil Fitri.Di sinilah letakkan penghujung atau kemuncak setelah kita berlapardahaga, bersabar dengan cabaran Ramadhan, bermunajat di malam Ramadhandan seumpamanya.Segalanya bakal lenyap tanpa pahala jika kita alpa dan dilalaikandengan sambutan Aidil Fitri yang terkeluar dari norma-norma Islam.Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal,memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapiRamadhan serta bersedih kerana kita sudah terlepas daripada Ramadhan,bulan yang penuh rahmat.Menyambut hari kemenangan ini tidak salah, tetapi yang salahnya adalahcara menyambut Aidil Fitri.Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swtsekiranya kita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh.Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan mestilah menjadi pegangandan panduan kita untuk dibawa ketengah masyarakat bagi menyelamatkanmereka dari kesesatan dan kemusnahan dengan memimpin mereka ke arahkebenaran dan kesejahteraan yang sebenar.Semoga dengan berkat Aidil Fitri kali ini, kita dapat mentautkankembali tali silaturrahim sesama rakyat di negeri ini.Saya yakin, kesempatan ini akan digunakan oleh rakyat dari berbilangbangsa untuk kunjung-mengunjung antara satu sama lain.Teruskanlah budaya muhibbah ini, negeri ini milik kita, KedahSejahtera kerana kita.Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untukmeningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepadaAllah SWT, menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita denganukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga merekatidak ada beza di antara satu sama lain.Tidak ketinggalan untuk saya ucapkan selamat pulang berhari raya dinegeri tercinta ini kepada anak-anak Kedah yang berada di perantauan."Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengansebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaankamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)Sekian, terima kasih.Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.
    Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul RazakMenteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

    Wednesday, September 17, 2008


    Tuesday, September 2, 2008

    Takaful Kifalah akan jadi kenyataan
    Oleh: Ramli Jaafar
    Kuala Lumpur- Pertemuan kali ketiga antara kerajaan Negeri Kedah dengan pengurusan Syarikat Takaful Ikhlas Malaysia bagi membincangkan pelaksanaan Skim Takaful Kifalah akhirnya mencapai kata sepakat.
    Hasil perbincangan tersebut, satu tindakan susulan akan dibuat dalam masa terdekat dimana ianya telah mendapat kelulusaan daripada kerajaan negeri, khususnya YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    Demikian yang telah dijelaskan oleh YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad selaku wakil kerajaan negeri kepada Warta Darul Aman selepas pertemuan tersebut.
    "Sekiranya MoU dapat dilaksanakan secepat mungkin, Insyaallah perlancaran skim Takaful Kifalah ini akan di lancarkan pada awal tahun 2009 nanti," ujar beliau.
    Secara ringkasnya, Skim Takaful Kifalah ialah satu usaha kerajaan negeri khusus kepada warga emas yang berumur 60 tahun dank e atas tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka akan mendapat bantuan kewangan bagi pengurusan jenazah apabila meninggal dunia.
    Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Aishah Ghazali, YB Cikgu Md Zuki Yusuf, YB Cikgu Yahya Abdullah, YB Tan Show Kang dan Encik Awang Solehudin selaku Ahli Jawatankuasa Pelaksana Takaful Kifalah.

    KARNIVAL SUKAN KEMERDEKAAN 2008 FUTSAL & BADMINTON JEMPUTAN PIALA YB. USTAZ ABDUL GHANI AHMAD ADUN AYER HITAM







    Sabtu 30 Ogos 2008 Jerlun, KEDAH

    Karnival Sukan Kemerdekaan 2008 Futsal dan Badminton Jemputan piala YB. Ustaz Abd. Ghani Ahmad Timbalan Speaker / ADUN Ayer Hitam bertempat di gelanggang Futsal Simpang Tiga Kemboja. Seramai 28 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Tempat pertama Pasukan Pida FT ( C ) dengan hadiah RM 500.00 Piala dan medal Tempat Kedua Pasukan Pida FT ( A ) dengan hadiah RM 300.00 serta medal. Tempat ketiga Pasukan Putra FC ( A ) dengan hadiah RM 100.00 serta medal. Tempat keempat Pasukan Pemuda Bt.18 dengan hadiah RM 100.00 serta medal. Johan badminton Pasukan Kelab PRIHATIN Jerlun Naib Johan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun. Hadiah disampaikan oleh YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad

    Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

    ALOR STAR, 26 Ogos 2008 – Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sepertimana jabatan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri yang lain merupakan aset kerajaan negeri tetapi cuma bezanya Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) adalah berperanan khusus dalam menceburi bidang perniagaan.
    Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri memberi tanah dan aset serta kemudahan lain yang mana semua ini adalah amanah yang perlu digunakan secara bijak dan telus bagi kepentingan rakyat.
    "Jadi, kes-kes GLC yang mengalami kerugian tidak sepatutnya berlaku jika amanah ini dijalankan berlandaskan iman dan ilmu," jelasnya.
    Beliau berkata demikian pada majlis Perjumpaan Bersama Ahli Lembaga Pengarah PKNK, Warga PKNK, Anak Syarikat serta Ahli Bersekutu di Dewan Seri Mentaloon, di sini.
    Menurutnya, semua anggota PKNK khususnya dan warga GLC perlulah menyedari bahawa semua anggota dan gerak kerja perlulah tertakluk kepada arahan-arahan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kecemerlangan GLC terus terpelihara.
    Ujarnya, walaupun GLC adalah agensi yang tertutup, tidak bermakna boleh bergerak bebas dan semua anggota perlulah menyediakan diri dengan sikap yang lebih terbuka dan rasional dalam mengharungi cabaran-cabaran kerja dan bersaing dengan jabatan kerajaan yang lain.
    Sepertimana jabatan-jabatan kerajaan negeri yang lain, katanya, peranan GLC sebagai agen penjana pendapatan dan pembangunan negeri amat diperlukan bagi menyokong dan menjadi tulang belakang ekonomi negeri.
    "Pembayaran dividen dan hutang kepada PKNK dan juga kepada Kerajaan Negeri perlulah dilihat secara jelas kerana ia adalah hak rakyat dan perlu adanya disiplin daripada PKNK dan anak syarikat," katanya.
    Tambahnya, dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, beliau turut meminta agar diadakan agenda tetap iaitu agenda kewangan berkaitan cukai tanah, premium, kutipan hasil sewa kawasan zon industri, gerai dan lain-lain agar perbelanjaan kita akan lebih terperinci dan dengan cara yang berhemah.
    Jelasnya, satu unit penguatkuasaan juga telah dicadangkan penubuhannya di mana akan dikawal secara terus bersama Exco dan juga Pegawai Kewangan Negeri di mana laporan kewangan ini akan dilapor secara langsung.
    "Saya ingin mengambil contoh seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), di mana unit audit dalamannya telah dipinjamkan sementara kepada pegawai daripada Jabatan Audit Negara untuk membuat pemantauan di mana tugasnya bukan setakat membuat kerja pengauditan tetapi juga melihat semua hal pembayaran yang perlu melaluinya terlebih dahulu," ujarnya

    SUMBANGAN RAMADAN KEPADA 18 BUAH MASJID DALAM DUN AYER HITAM












    Sabtu, 13 Ramadan 1429
    13 September 2008

    Sempena bulan Ranadan Al Mubarak YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad menyampaikan sumbangan kewangan untuk jamuan more kepada 18 buah Masjid melalui Imam-Imam masjid yang berkenaan













    Monday, September 8, 2008

    BANYAKKAN INFAK DI BULAN RAMADHAN
    Oleh Izwan Abdul Halim

    JENIANG: Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru umat Islam memperbanyakkan amalan infaq dan sedekah di sepanjang bulan Ramadhan disamping meneruskan ibadah seperti solat tarawih, tahajud, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin Daerah Kuala Muda, di Masjid Safwan di sini, 4 September baru-baru ini.

    Ujarnya, disebalik amal ibadah yang biasa dikerjakan di bulan Ramadhan, masih kurang mereka yang mengadakan kebajikan dalam bentuk kebendaan dengan memberi infaq iaitu membelanjakan harta ke jalan Allah.

    "Kerana di bulan Ramadhan ini, galakannya hingga sebiji tamar dan segelas air," ujar beliau memberi galakan.

    Katanya, Nabi sendiri turut menyeru agar memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan khususnya memberi orang makan ketika berbuka puasa. Kerana itu katanya, masyarakat dahulu mengamalkan budaya saling memberi juadah untuk berbuka.

    "Sesiapa yang memberi makan orang berbuka puasa, maka dia akan mendapat pahala orang berpuasa dan pahala orang berpuasa itu tidak kurang sedikit pun," ujar beliau melafazkan maksud hadis.

    Menteri Besar turut menegur budaya masyarakat kini yang lebih cenderung mengadakan jamuan moreh sedangkan menurut beliau Nabi lebih menggalakkan memberi makan orang berbuka di mana pahalanya lebih besar dan amat dituntut.

    Melanjutkan ucapan, Ustaz Azizan menjelaskan bahawa, antara dasar Islam ialah tolong menolong.

    "Maknanya orang kaya tolong orang miskin dan orang miskin mendoakan orang berada. Maka akan lahirlah sebuah masyarakat harmoni," terang beliau.

    Tambahnya lagi, ada manusia yang Allah SWT tidak berikannya harta kerana dengan harta dia boleh menjadi tidak baik. Tetapi ada manusia, menurut Ustaz Azizan yang dilebihkan harta untuknya supaya dia membuat kebajikan untuk golongan tidak berada.

    Pada program tersebut, Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada 100 fakir miskin sebelum turut serta pada majlis tahlil dan berbuka puasa yang dianjurkan.

    Hadir sama pada program berkenaan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dr Abdul Isa Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Tuan Haji Ir Phahrolrazi Zawawi, Adun Jeneri, YB Tuan Haji Yahya Abdullah dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato' Ghazali Din.
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 12:07 PM

    Maklumat Semasa

    Thursday, September 11, 2008

    LAPORAN POLIS DAN BPR UNTUK GLC MENYELEWENG

    OLEH: AMELIA HASHIM
    ALOR STAR, 10 September - Kerajaan Negeri akan mengarahkan pihak pengurusan Government Link Company (GLC) yang dapat mengesan penyalahgunaan kuasa dan wang dalam pentadbiran terdahulu supaya membuat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Menteri Besar Kedah berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini.
    “Kita telah setuju dengan keputusan dalam mesyuarat tadi supaya penyelewengan puluhan juta ini dilapor kepada polis dan BPR. Esok kita akan arahkan pihak pengurusan GLC berkenaan supaya membuat laporan segera kepada pihak polis dan BPR,” katanya
    Ini ekoran Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti syarikat-syarikat yang telah menyalah guna kuasa dan wang di zaman pemerintahan kerajaan terdahulu. Setelah enam bulan pemerintahan kerajaan baru, penyelewengan ini berjaya dikesan. Ini berikutan beberapa langkah kerajaan dengan meletakkan pegawai baru di beberapa syarikat bagi memantau aliran kewangan syarikat-syarikat berkenaan..
    “Kita ada bukti pengurusan GLC pada era pemerintahan kerajaan sebelum ini yang melakukan penyelewengan wang berdasarkan siasatan mendapati wang syarikat disalurkan kepada tempat-tempat yang tidak munasabah,” katanya.
    Kerajaan Negeri mempunyai lebih 130 syarikat pengurusan perniagaan kerajaan yang beroperasi dalam pelbagai bidang. Semenjak pertukaran pentadbiran kebanyakan pegawai-pegawai atasan yang dilantik oleh kerajaan terdahulu telah meletak jawatan. Pelantikan beberapa orang pegawai baru bertujuan menyusun semula pentadbiran telah berjaya mengesan penyelewengan ini.

    Maklumat Semasa

    Sunday, September 14, 2008

    Lebihan akaun kerajaan negeri selepas enam bulan


    Oleh Izwan Abdul Halim

    KUALA KEDAH, 10 September – Laporan semasa kewangan negeri Kedah menunjukkan perkembangan positif dengan terdapatnya lebihan puluhan juta ringgit di dalam penyata kira-kira kewangan negeri.
    Demikian menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di sini.
    "Kita dapat maklumat daripada Pegawai Kewangan Negeri, inilah kali pertama dalam masa enam bulan, kira-kira kewangan negeri kita positif," maklum beliau pada majlis itu.
    Terdahulu, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman pada petang itu, Ustaz Azizan mengarahkan Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku di dalam pengurusan sesetengah GLC terbabit semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional.
    Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
    Dalam perkembangan lain, YAB Menteri Besar pada 5 Ogos lalu memaklumkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan puluhan juta ringgit hasil daripada polisi belanja berhemah yang diamalkan selain mengurangkan 30 peratus peruntukan untuk pembangunan berikutan kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.

    Hati menjadi tenang bila mendengar suara Azan Subuh


    Ramli Jaafar
    rjwarta@yahoo.com

    Bila mendengar sahaja suara Azan Subuh berkumandang hatinya menjadi tenang seketika,rasa ingin tahu tentang Islam dan mendekati ajaran mulia ini mula terasa disanubarinya, menyebabkan Sdr, Elbert Madais, 19 mengambil keputusan muktamat menemui Md Aris Baharom ketua kampong Tok Arang dalam DUN Air Hitam untuk menyatakan hasrat hatinya untuk memeluk Islam.

    Beliau yang berasal dari Kg, Nabayan, Sabah berhijrah bersama abangnya keMalaysia yang kebetulan telah terlebih dahulu memeluk Islam berasal dari keluaga beragama kristian Katolik. Beliau yang telah menukar namanya kepada Mohammad Adam Abdulllah rasa lebih tenang setelah memeluk Islam , “ sebelum memeluk Islam saya cepat terasa marah dan fikiran selalu terganggu kini setelah memeluk Islam akhirnya berubah menjadi lebih tenang dan saya dapat mengawal hati yang cepat terasa marah ujar beliau kepada YB, Ustaz Abd Ghani Ahmad, Adun Air Hitam yang juga Timbalan Speker Dewan Undangan Negeri yang menemui beliau baru-baru ini .

    Beliau kini bersama dengan abang-abangnya sering berulang alik ke Perlis dan Sg Petani untuk belajar , bagi mendalami lagi ajaran Islam cukup rasa tenang dan gembira selepas memeluk Islam .



    Tamat

    Thursday, September 11, 2008

    Sunday, September 7, 2008

    KAKITANGAN AWAM KEDAH DAPAT BONUS SEBULAN GAJI
    Oleh : AMELIA HASHIM

    ALOR STAR, 3 September: Kakitangan awam negeri Kedah mampu tersenyum apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak lebih RM8 juta sebagai bonus untuk mereka. Seramai 9,539 kakitangan kerajaan negeri Kedah dan agensi di bawahnya bakal menikmati bonus bulan ini.
    Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini. Tambahnya lagi, pembayaran bonus sebulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 itu akan dibayar kepada 143 Pegawai Tadbir Negeri (PTN), 203 kakitangan Kumpulan Pengurusan dan 5,524 kakitangan Kumpulan Sokongan.
    Selain pemberian bonus ini turut melibatkan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu seramai 2,816 orang serta 853 orang kakitangan berkanun.
    Sehubungan itu, YAB Dato' Seri Azizan juga memberitahu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM11 juta setiap bulan untuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan di seluruh negeri Kedah.
    Menyentuh mengenai tanggungan bebanan kerajaan yang lain termausuklah hutangnya dengan Kerajaan Pusat beliau berkata, Kerajaan Negeri telah meyediakan pelan dan jadual pembayaran setiap tahun.
    "Kita ada duit dan mampu membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah Kedah dahulu. Tahun ini kita akan bayar hutang kita," katanya.
    Posted by Warta Darul Aman Daily at 12:03 PM

    Sunday, July 27, 2008

    BUBAR UMNO DAN PAS

    Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru
    Jul 26, 08 9:49pm
    Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

    nik azizBeliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

    "Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

    Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

    "Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

    Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

    "Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.


    Sumber: Malaysiakini.com

    Monday, July 14, 2008

    Lawatan,Taklimat dan dialog dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Semalam 13 julai 2008 jam 10.00 pagi telah diadakan lawatan,dialog dan taklimat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat.Majlis ini telah dihadiri oleh Y.B Ustaz Abdul Ghani Bin Ahmad , Ku Chik Bin Ku Mat Esa dan Pegawai - Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.Turut serta 13 perwakilan daripada PKWR Ayer Hitam.

    Majlis berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga jam 13.30 TGH. Perbincangan dan taklimat adalah mengenai kebajikan masyarakat setempat khususnya Kawasan Parlimen Jerlun.Kadar bantuan adalah diantara Rm 80.00 Sehingga Rm350.00 sebulan.

    Diantara faktor-faktor yang diambil kira adalah bilangan tangungan,kecederaan fizikal dan mental,tangungan orang cacat,orang tua terlantar sakit,harta aset tetap dan tidak tetap serta faktor yang mempengaruhi situasi pendapatan.

    Skim terbaru yang diwujudkan adalah skim bantuan bulanan orang tua (BOT).Terdapat banyak lagi skim yang telah diwujudkan dan untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat.Di sertakan disini gambar majlis yang telah diadakan.

    Sekian terima kasih........







    Sunday, June 22, 2008

    Selamat datang

    Assalamualaikum,



    Selamat Datang Ke Laman Blog Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam yang terletak didalam Kawasan Parlimen JERLUN.



    Kami mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan, kritikan dan juga nasihat bagi menjadikan PKWR Ayer Hitam berperanan didalam masyarakat dan penduduk sekitar DUN Ayer Hitam Khasnya dan Umat Manusia seluruh Dunia Amnya.



    sekian



    moderator