PKWR DUN Ayer Hitam telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah dan Anugerah Cemerlang UPSR 2011 pada 20 Disember 2011 di Perkarangan PKWR di Kg Lubuk Pinang. Seramai 70 orang pelajar yang mendapat 5A bagi pelajar Sekolah Kebangsaan dan 7A bagi pelajar SJKC dalam DUN Ayer Hitam.
Dalam ucapannya, YB Ust Abd Ghani merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang bertungkus lumus mendidik anak-anak mereka sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR yang lalu. Sesungguhnya kejayaan mereka dalam pelajaran akan dapat merubah kehidupan keluarga dan membantu meringankan bebanan para ibu bapa apabila bekerja nanti.
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab membina kampus baru Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling dengan meningkatkan bilangan kursus daripada 7 program kepada 47 program yang meliputi pelbagai bidang daripada Ijazah Pertama hingga PhD. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan Iwang tunai kepada rakyat negeri Kedah yang berjaya memasuki IPTA di mana di peringkat Diploma sebanyak RM 200 manakala di peringkat Ijazah Pertama sebanyak RM 400. Tahun ini sahaja, PKWR DUN Ayer Hitam telah menyampaikan sumbangan IPTA berjumlah RM 28,000.00. Mulai tahun 2012, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 1.7 juta bantuan persekolahan kepada setiap keluarga miskin yang berdaftar dengan e-Sinar di mana mereka akan menerima RM 100.00 secara one off.
Dalam majlis yang sama, YB Ust Abd Ghani turut menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada 189 orang pelajar dari kalangan keluarga yang tidak berkemampuan. Beliau juga menyampaikan bantuan Kafalah kepada 13 orang waris yang berjumlah RM 6500.00. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan bubur asyura yang disediakan oleh PKWR Ayer Hitam.
0 comments:
Post a Comment