WELCOME TO MY BLOG

Sunday, September 11, 2011

Bersantai di Nat Jumaat di Kuala Jerlun

Nat Kuala Jerlun merupakan destinasi yang menjadi tumpuan masyarakat samada di dalam atau di luar Ayer Hitam. Uniknya, nat tersebut berdekatan dengan pelantar ikan yang dijual fresh dan segar kepada pengunjung. Selain memebeli ikan, ayam dan daging, mereka juga berpeluang membeli segala jenis barangan keperluan harian yang biasanya dijual di kedai-kedai runcit tetapi ada di jual di nat tersebut.

YB Ust Hj Abd Ghani mencuri masa selepas Kuliah Jumaat bermesra dengan orang ramai. Beliau juga mengambil kesempatan minum pagi bersama pengunjung sambil bersantai di tepi sungai yang mana deretan kedai minum dan pasar sangat berhampiran dengan sungai. Selepas sungai tersebut, ternampak lautan sawah yang terbentang luas sayup mata memandang. Panorama ini sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin menenangkan fikiran atau ingin meredakan perasaan tertekan dalam tugas seharian.

Di penghujung jalan menuju ke penempatan semula Kg Jeruju terdapat Homestay yang cukup selesa. Ramai pengunjung di dalam dan luar negeri serta pelajar-pelajar IPTA yang menginap di sana kerana kosnya murah dan ceria dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengursan Homestay. Di sana juga terdapat Restoran Ikan Bakar yang berhampiran dengan laut. Air laut yang pasang di waktu malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa begitu mengasyikkan para pengunjung. Suasana sebegini jarang ada di tempat lain kerana ia berlaku dalam suasana kampong dan aman damai. 


 YB Ust Hj Abd Ghani sedang berbual mesra dengan pengunjung sambil ditemani Hj Abu Seman B Saad, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu. YB Ust Hj Abd Ghani pernah mengemukakan cadangan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu untuk menaiktaraf nat tersebut menjadi nat yang maju dan berdaya saing. Selain menjadi tempat para peniaga memasarkan barangan jualan masing-masing, ia juga turut merangsang ekonomi masyarakat setempat dan menarik ramai pelancong berkunjung ke Homestay dan Restoran Ikan Bakar. Perkara ini akan menjadi kenyataan apabila MDKP mendapat peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam RMK 10 nanti.    


YB Ust Hj Abd Ghani menyapa kanak-kanak yang turut serta menemani ibu mereka ke nat tersebut. Pendek kata, bukan setakat pengunjung dewasa sahaja yang berminat dengan segela keperluan yang ada di nat tersebut bahkan kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk membeli barang-barang mainan dan makanan ringan yang menjadi kesukaan mereka

No comments: