WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, August 23, 2011

Muslimat PAS Jerlun bakal mengeluarkan produk kuih raya


Pagi ini saya berkesempatan melihat aktiviti Muslimat PAS Kawasan Jerlun mengadakan demontrasi masakan membuat kuih raya kepada ahlinya. Salah seorang daripada AJK Muslimat, Puan Jamilah Binti Mohamad merupakan pembuat kuih tradisional dan kuih raya turut serta memberi bimbingan kepada peserta. Mereka begitu berminat menghadiri demontrasi tersebut.   
Saya difahamkan bahawa program ini sebagai program perintis di bawah Muslimat PAS Kawasan Jerlun. Jika ia dapat dijayakan dengan baik, tidak mustahil Muslimat akan menjadi pengeluar pelbagai jenis kuih yang akan diusahakan oleh mereka. Insyaallah pihak saya akan mempertimbangkan bantuan alat-alat masakan untuk membolehkan hasrat murni mereka tercapai sebagai galakkan untuk meningkatkan ekonomi Muslimat.   

1 comments:

ahmadnafiah said...

YB Halua betek lama x makan sedap tu kalau buah insya allah laku tu bawa mai ke KL ni orang kedah mesti serbu tu