Selepas solat tarawikh malam tadi, saya dijemput oleh salah seorang ahli keluarga mendiang untuk menziarahi ibunya, Keow Eng Hua di Kg Tok Kepak. Mendiang meninggaldunia dalam usia 78 tahun meninggalkan seorang suami dan 6 orang anak. Kehadiran saya bersama rombongan PKWR Ayer Hitam dan PKD Kota Siputeh serta Ketua Komuniti, Lim Keow Eng yang lebih dikenali dengan nama Eng Dollah. Ini disebabkan beliau banyak bergaul dengan orang Melayu dan tinggal dalam kampong orang Melayu di Lana Bulu serta fasih bercakap Melayu.
Kehadiran kami disambut dengan penuh kegirangan dan diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat tionghua yang datang dari pelbagai tempat untuk menziarahi mendiang. Saya secara berseloroh menyatakan kehadiran ini hanya dengan baju melayu kain pelikat kerana baru sahaja selesai Solat Tarawikh di Surau Kg Baru Tepi Laut dalam kawasan saya. Mereka tiada masalah kerana faham tentang amalan Solat Tarawikh dan berpuasa di bulan Ramadhan. Inilah hakikat kebenaran Islam apabila orang bukan Islam menghormati dan memahami adat budaya dan amalan agama Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment