WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, April 1, 2009

Perjuangan Islam merentasi kaum-Ustaz Ghani

Islam menyeru umatnya agar menghulurkan derma. Derma yang diberikan untuk menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar adalah sebahagian daripada Amal Islami. Derma walaupun ikhlas tetapi digunakan untuk tujuan Amar Mungkar Nahi Makruf adalah lagha' dan tidak mendapat ganjaran pahala di sisi Allah bahkan mendapat dosa.

PAS menyokong calon N25 S.Manikumar daripada PKR kerana PKR telah 'bertahalluf siyasi' dengan PAS dan berada dalam gabungan PR. Maknanya PKR bersetuju mengadakan persefahaman dengan PAS untuk melaksanakan Islam dalam konteks kepentingan masyarakat majmuk di samping menegakkan keadilan kepada semua kaum kerana bagi PAS, kaum tidak penting dan bukan menjadi dasar perjuangan PAS sebaliknya Islam dan seluruh aspek berkaitan dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS.

Oleh itu, derma yang dihulurkan kepada petugas-petugas PAS dalam PRK N25 ini adalah sebahagian daripada Amal Islami dan dibalas dengan pahala. Sila rujuk surah As-Saff : 'Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab api neraka. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya serta kamu berjihad fi sabilillah dengan harta benda kamu dan jiwa raga kamu. Itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui'

1 comment:

ALAM said...

lebih baik duit yang dikumpulkan untuk membantu hindu itu menang dibuat beli buku untuk anak-anak orang islam membeli buku teks untuk kelas KAFA.

SAYA INGIN MENCABAR YB, SUPAYA SEBAGAI KERAJAAN YANG MENGININKAN RAKYAT KEDAH SEJAHTERA. DEMI MENGURANGKAN BEBAN AGAR MENYERU KERAJAAN PADA TAHUN DEPAN AGAR MEMBERI BANTUAN BUKU TEKS KEPADA ANAK-ANAK YANG MENUNTUK KELAS KAFA. BUKAN BANYAK SANGAT UNTUK BELANJA. TEBANG BEBERAPA BATANG POKOK BALAK SAHAJA, TENTU RAKYAT TIDAK AKAN MARAH SEKIRANYA TEBANG POKO BALAK UNTUK MEMBELI BUKU TEKS UNTUK KELAS KAFA. SAYA CABAR YB UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM INI.

KALAU AWAL TAHUN 2010, ANAK-ANAK KEDAH BELUM MENDAPAT BUKU TEKS KELAS KAFA, SAYA CADANG YB TINGGALKAN PAS ATAU LETAK JAWATAN SAHAJA.

HINDU BOLEH TOLONG, ANAK-ANAK ORANG ISLAM DIBIARKAN...