WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, June 16, 2009

Sistem perparitan diabaikan-Ust Hj Abd Ghani







YB Ust Hj Abd Ghani bersama Ketua Kampong Menerong, Hj Che Kar telah membuat lawatan ke Kg Menerong untuk meninjau keadaan parit yang menjadi sentiasa menjadi masalah kepada penduduk ketika berlaku banjir kilat atau hujan lebat. Masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa sebelum ini tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Kelihatan sisa bahan buangan menjadi sampah yang tersekat di laluan air dan tidak boleh bergerak menuju ke sungai yang berdekatan akibat tiada parit.
Dalam tinjauan tersebut, YB Ust Hj Abd Ghani selaku ADUN Ayer Hitam akan berusaha menghubungi Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah untuk diambil tindakan yang wajar. Penduduk Kg Menerong meletakkan harapan yang tinggi agar pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut yang menjadi isu utama di kalangan mereka apabila berlaku hujan lebat atau banjir kilat.

2 comments:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Jika anda nak sedikit kebahagiaan dan sedikit ketenangan anda perlu sokong dan perkuatkan UMNO bukan jadi pembangkang kpd UMNO.Parti lain semua nya dilihat HAMPAS.Memecahbelahkan dan memporakperandakan ummah.

tOksiak said...

Nk gelak pun ada,kalau lu melayu...wa takdak hal....bila mati tkdak soalan DIA tanya bangsa tapi dia tanya apa agama lu, apa agama wa....apa agama PM,apa agama orang UMNO,apa agama org PAS,so la ni wa pilih yg ada agama,kalau MIC perjuang agama Islam..wa akan duduk disitu jika tiada PAS,so harap lu paham apa maksud wa...