- 10 Mac 2010 lalu telah berlaku rombakan barisan Exco Kedah. Saya telah ditauliahkan sebagai Exco yang baru dihadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sehari sebelum itu, saya dan ADUN Sidam, YB Tan Chow Kang telah dipanggil mengadap YAB MB dan disahkan untuk dilantik menjadi Exco yang baru. Kami telah diberi beberapa nasihat dan tugasan yang perlu dilakukan demi kemajuan dan kemakmuran hidup rakyat. Saya diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan dan Pembangunan Usahawan. Saya menerima amanah ini dengan tabah hati dan berharap mendapat petunjuk daripada Allah hendaknya.
- 11 Mac 2010, saya telah mula berpindah pejabat daripada Tingkat 4 Wisma Darul Aman iaitu Pejabat Timbalan Speaker DUN Kedah ke Tingkat 5 iaitu pejabat Exco. Saya telah diberi taklimat ringkas oleh PA iaitu Puan Adawiyah tentang tugasan yang perlu dilakukan di samping menerima jadual jemputan dan undangan.
- 12 Mac 2010, tugasan pertama sebagai Exco Penerangan ialah menyampaikan ucapan perasmian dalam Sesi taklimat Isu-isu Semasa Kerajaan Negeri Kedah di Dewan Tun Abdul Razak di Baling. Ini adalah satu perkara biasa kerana sebelum ini saya telah memberi ucapan yang sama di daerah Kubang Pasu menggantikan Exco Penerangan sebelum ini iaitu YB Dr Hj Hamdan B Mohd Khalib. Lagipun, ketika itu saya adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan Negeri kepada beliau dan YB Dato Ir Amiruddin B Hamzah.
- 13 Mac 2010 - 15 Mac 2010, saya memenuhi undangan kenduri di DUN Ayer Hitam. Nampaknya sambutan agak berbeza kerana kehadiran atas kapasiti sebagai Exco yang baru dilantik. Namun hanya 2 buah rumah sahaja yang sempat dihadiri manakala yang lain akan diteruskan oleh Pegawai Khas, Pak Wan Yusof. Tentunya rumah mereka yang tidak sempat saya hadiri membuatkan mereka kurang gembira.
- 16 Mac 2010, saya bertolak ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat Exco.
- 17 Mac 2010, saya menghadiri mesyuarat Exco kali pertama. Saya boleh sesuaikan diri dalam mesyuarat tersebut kerana sebelum ini saya dan Speaker pernah dijemput hadir dalam mesyuarat Exco Khas membincangkan persiapan persidangan DUN Kedah. Saya juga telah mengambil peluang dengan mengemukakan pandangan.
- 18 Mac 2010, saya bertolak ke Terengganu untuk menyampaikan ceramah dalam DUN Manir. Sebelum itu, saya sempat menziarahi YB Dato Hj Haron Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga ADUN Manir yang telah diserang stroke.
- 20 Mac 2010, bersama-sama dengan YAB Pesuruhjaya PAS Kedah dan saf pimpinan PAS di seluruh kawasan dalam Majlis Taakhi Pilihanraya DUN Kota Siputeh. Ramai yang hadir memberi sokongan padu kepada JPN untuk mengerakkan jentera PRK Kota Siputeh.
- 21 Mac 2010, saya masuk ke Pejabat Exco untuk memulakan tugasan. Tugasan pertama ialah bertemu dengan Urusetia Penerangan bagi membincangkan rancangan program di samping meneliti permasalahan yang berbangkit untuk tindakan selanjutnya. Sebelah malamnya, saya meluangkan masa menziarahi kaum tionghua yang meninggaldunia di Kampong Lubuk Pinang. Sambutan di dikalangan mereka cukup menggalakkan. Lebih-lebih lagi ucapan tahniah daripada mereka setelah saya dilantik menjadi Exco.
- 22 Mac 2010, saya membuat temuduga dengan seorang calon untuk dilantik menjadi PA Pentadbiran yang akan bertanggungjawab di DUN Ayer Hitam dan menyelia tugasan saya di Pusat Khidmat. Selepas itu, saya diinterview oleh wartawan Warta Darul Aman tentang wawasan saya yang bertanggungjawab dalam Penerangan dan Pembangunan Usahawan.
Friday, March 12, 2010
Exco Kedah-Satu Amanah Besar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah YB.
Mudah-mudahan terus berjaya membantu dan medidik rakyat bersma pimpinan negeri.
Post a Comment