Persidangan DUN Kedah pada 26 April 2010 baru-baru ini menjadi kecoh gara-gara tindakan Ketua Pembangkang, Dato Seri Mahdzir Bin Khalid (ADUN Pedu) mempertikaikan soalan yang dikemukakan oleh Mohd Nasir Bin Mustafa (ADUN Kubang Rotan) kononnya mempertikaikan bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Soalan yang dikemukakan itu bukanlah bermaksud mengaitkan atau mempersoalkan atau mempertikaikan kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam tetapi lebih terarah untuk mengetahui mengapa Kerajaan Pusat tidak menghormati kuasa KDYMM Tuanku. Keadaan ini berlaku disebabkan wujud seorang dua Menteri/Timbalan Menteri di Pusat yang 'langkah kepala' Kerajaan Negeri apabila ingin menganjurkan program keagamaan di Kedah sehinggakan ada pihak yang mengatakan ini program istana atau ini program tuanku.
Sepatutnya UMNO/BN Kedah sedar bahawa selama ini merekalah yang menggunakan istana untuk mencari pengaruh setelah rakyat Kedah menolak UMNO/BN dalam PRU 12 lalu. Lagipun, rakyat kini semakin sedar bahawa gelagat UMNO/BN semakin tersepit dengan penolakan rakyat terhadap mereka.
Oleh kerana itulah, wakil rakyat UMNO/BN cuba menagih simpati rakyat dengan mengeksploitasikan istana untuk kepentingan mereka. Cukuplah pembangkang jangan cuba mencari publisiti murahan kerana rakyat semakin celik dengan gelagat mereka.
1 comment:
Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Negeri Kedah Darul Aman.
Kami Perpaduan Anak Muda Islam Qariah (PAMIQA)menjunjung setinggi-tinggi terima kasih kepada ADUN ayer hitam di atas sumbangan RM300 yang bertujuan membangunkan gelanggang silat di Kg. Bohor Karang. ianya adalah bertujuan memautkan anak-anak qariah dengan masyarakat dan mempunyai aktiviti yang berfaedah. sekian terima kasih.
Post a Comment