Apabila melihat liang lahad dikorek oleh penggali kubur maka nyatalah bahawa berlaku kematian. Gambar ini dirakam ketika saya mengiringi jenazah Hj Zakaria Bin Hj Ahmad ke perkuburan di Masjid An-Najah, Ayer Hitam. Beliau merupakan bapa saudara saya yang telah terlantar sakit buah pinggang di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak 10 Mei 2011 lalu. beliau kembali kerahmatullah ketika semua ahli keluarga sedang berbukia puasa di rumahnya.
Sebaik sahaja jenazah beliau dikebumikan, ramai ahli keluarganya yang turut serta menimbus kembali tanah yang dikorek. Mereka tidak melepaskan peluang untuk berbakti di saat-saat akhir kepada arwah. Semasa hayatnya, beliau pernah menjadi Setiausaha Masjid Ar-Rahman, Kerpan dan menggerakkan aktiviti jamuan moreh apabila menjelang Ramadhan pada setiap tahun sejak 1997.
Anak beliau yang bongsu, Fatimah Binti Hj Zakaria sedang menjirus air mawar di pusara. Beliau redha dengan pemergian ayah yang dikasihi dan rela menerima ketentuan taqdir Ilahi. Nun di sudut hati, ketabahan dan kesabaran menerima ujian Allah cukup sukar untuk direalisasikan walaupun mudah untuk diucap.
Saya menekuni satu persatu ayat yang diungkap oleh pembaca talqin. Rupanya suatu pengajaran kepada yang hidup agar mengambil iktibar apa yang telah berlaku kepada arwah yang telah menyahut panggilan Ilahi di saat kita semua bergembira melaksanakan ibadah Ramadhan. Jika diamati, isi talqin memberi pengajaran yang berguna kepada yang hidup agar mengikut segala suruhan Allah jika mahu selamat di Akhirat.
1 comment:
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali, Ucapkan takziah, semuga anak beranak tabah menghadapi dugaan hidup.
YB kenal Tuan Hj Ismail Hj Abd Rahman Lubuk Pinang,
Ustaz Hj Hasan Bin Sirun Pida 3,
Ustaz Md Ali bin Yahya Pida 7.
Post a Comment