WELCOME TO MY BLOG

Sunday, August 14, 2011

Meninjau usahawan tani di Kg Pering, Kodiang

Inilah spesis buah anggur yang ditanam oleh usahawan muda di Kg. Pering, Kodiang. Asalnya buah anggur ini diambil benihnya di Perlis dan dicuba tanam oleh usahawan, Mohd Jasni Bin Ahmad. Berkat usahanya, kini buah anggur yang ditanam sudah boleh dimakan.  
Inilah kebun anggur yang ditanam di kawasan rumahnya. Nampaknya usaha untuk melihat pokok anggur tumbuh berjaya dibuktikan apabila beliau membuat persediaan yang lengkap dan mengikut kaedah penanaman yang betul seperti yang disyorkan usahawan di Perlis. Nampaknya Perlis tak boleh berbangga dengan tanaman anngur kerana anggur juga ada di Pering, Kubang Pasu dan Sik, Kedah.

Saya teruja dengan buah anggur yang ada di kampong. Tak perlu lagi pergi ke luar negara untuk memetiknya. Saya berbangga dengan usahawan ini dan akan mempromosikannya dengan sebaik mungkin. Tambahan pula kebun anggur ada dalam kawasan saya ini.   

1 comment:

ZAISHAMSHAH said...

Alhamdulillah....sampai juga di Pering....

Agak2 mcmana dengan KOTA SIPUTEH serta Cawangan2nya..????

UPU Kampung Kandis mcmana ???...semua dlm keadaan baik ke ???

Turun2 la kebawah...takut terlewat...bila dah PRU baru nak kalut...