WELCOME TO MY BLOG

Thursday, May 7, 2009

Golongan dhaif tidak dilupakan - Ust Ghani




Kuala Jerlun-05 Mei 2009

Wakil peribadi dan Pegawai Khas ADUN Ayer Hitam bersama Ketua Kampung Tandop Kedabu telah mewakili YB Ustaz Hj Abd Ghani B Hj Ahmad menyampaikan sumbangan beras dan barang-barang keperluan dapur kepada fakir miskin di sekitar Kuala Jerlun. Sumbangan seperti ini akan didakan ke seluruh kampong dengan kerjasama ketua kampong/MKK.

1 comment:

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam said...

Hari Selasa merupakan hari saya bertugas di PKWR. Walau bagaimanapun pada hari tersebut saya terpaksa menghadirkan diri ke Istana Anak Bukit dalam majlis penyampaiain pingat kebesaran kepada pasukan ATM yang bertugas di London sempena Hari Keputeraan KDYMM Ke-81.

Pada sebelah petangnya, saya menghadiri majlis persaraan YB SUK di Dewan Seri Negeri. Oleh kerana padat dengan dua program tersebut maka saya telah mengarahkan dua orang pegawai khas saya menyampaikan sumbangan kepada pihak berkenaan bersama ketua kampung Tandop Kedabu, Encik Abu Bakar B Ismail.