WELCOME TO MY BLOG

Monday, June 14, 2010

Jentera rosak bukan alasan biar isu pelupusan sampah berlarutan

Ditulis oleh AMELIA HASHIM


POKOK SENA - E-Idaman bertugas memungut sampah manakala Majlis  Bandaraya Alor Setar atau Majlis Daerah bertanggungjawab melupuskan sampah-sampah berkenaan.

“Kegagalan agensi berkenaan menanganinya akan menimbulkan masalah kepada rakyat seperti bau busuk, lalat-lalat yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar tempat pelupusan itu,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena YB Dato’ Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ekoran demonstrasi oleh penduduk sekitar Pokok Sena yang tidak puas hati dengan kerja-kerja pelupusan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Jabi kelmarin.

Beliau memuji dan setuju dengan tindakan Ketua Pemuda sebuah parti pembangkang, Haris Che Mat  yang mengetuai demonstrasi secara aman itu. 

“Berdemo ini adalah kerja saya dahulu dan sekarang sekiranya sesuatu masalah itu tidak diambil serius oleh pihak berkenaan dan saya setuju dengan beliau,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Katanya, rakyat sekarang sudah mulai sedar akan hak mereka dan berani meluahkan rasa tidak puas apabila sesuatu masalah ini dipandang ringan oleh pihak berwajib.

Difahamkan, katanya, jentera pelupusan itu rosak sejak dua bulan lalu, tetapi itu bukan alasan bagi pihak berkenaan lepas tangan kerana ada banyak cara untuk mengatasinya seperti menyewa atau meminjamnya dari Majlis Daerah lain sementara menunggu jentera itu siap dibaiki.
 

No comments: