WELCOME TO MY BLOG

Sunday, June 20, 2010

Peningkatan bidang pertanian jadi pemangkin industri halal



ALOR SETAR - Usaha meningkatkan produk industri pertanian menjadi pemangkin industri halal bukan sahaja di peringkat dalam negeri malah akan melebar hingga ke peringkat global, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Kerajaan Negeri sangat menghargai dan amat berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah merancang dan melaksanakan program ini untuk kesejahteraan rakyat Kedah yang dimasukkan dalam Koridor Wilayah Utara,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Karnival Industri Halal Peringkat Wilayah Utara di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.
Beliau berkata demikian kerana hasrat Pusat bertepatan dengan hasrat Negeri yang mahu rakyat hidup selesa dalam pelbagai aspek termasuklah peluang mempromosi dan menjual produk keluaran mereka.

“Harapan kerajaan negeri supaya industri ini dikembangkan ke seluruh negara dan menjadikan  Malaysia sebagai pengeluar industri halal dunia dan dengan pelancaran hari ini, program ini akan berfungsi sebagai platform bukan sahaja bagi rakyat Kedah tetapi juga Perlis, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Menurutnya, pelancaran program ini oleh pihak Koridor Utara berkait rapat dengan matlamat kerajaan negeri Kedah dalam memberi kefahaman dan kesedaran pentingnya industri halal yang memberi perkhidmatan serta mempromosikan produk bukan sahaja di peringkat negeri-negeri di bawah Koridor  Utara sahaja malah ke peringkat antarabangsa.

Ini berikutan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berada dalam kedudukan yang layak sebagai pengeluar industri halal dan berhak menjadi pengeluar makanan halal di peringkat global, katanya.
Beliau berharap selepas perasmian ini industri halal berupaya ditingkat ke seluruh negeri Kedah seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebagai hala tuju ‘food development corporation’ berkembang ke peringkat global dan pelancaran ini yang julung kali diadakan  amat bermakna baginya sebagai pemimpin kerajaan negeri di sini.
“Saya berharap dengan Pelancaran majlis ini di dalam Koridor Wilayah Utara dan saya berharap aka menjadi platform bagi usahawan wilayah utara diadakan di sini dan begitu bermakna bagi saya,” katanya.

Ujarnya lagi, Malaysia mempunyai daya potensi tinggi sebagai pengeluar  makanan halal peringkat global dan program ini adalah satu  tugas berpontensi menaikan taraf usahawan tempatan terutama di Kedah ke peringkat global dengan bantuan HDC (Halal Industry Development Corporation).

“Selain mengangkat  taraf   usahawan tempatan HDC juga difahamkan telah merancang memberi perkhidmatan dalam khidmat nasihat dan sokongan bantuan  meningkatkan produk keluaran bagi memboleh bersaing di pasaran global,” katanya.

Beliau berharap semua usahawan industri halal mengambil peluang menguasai  ilmu yang disedaiakan oleh  HDC dan  kerajaan negeri bersama jabatan-jabatan berkenaan  akan  membantu menggerakkan industri halal ke peringkat antarabangsa.

Ujarnya lagi, industri halal dilihat ada kemajuan  menjadi pemangkin kepada pembangunan kerajaan dari segi pelaburan kerana fokus produk industri pertanian  kepada ‘halal food hub’ sebagai proses keluaran berdasarkan permintaan.

 Hampir 100 gerai usahawan industri produk halal mengadakan pameran dan jualan di festival yang diadakan selama dua hari mulai 28 hingga 29 Mei. Turut sama pada majlis perasmian itu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.

No comments: