WELCOME TO MY BLOG

Sunday, June 20, 2010

Yayasan Khairiah tubuh Pusat Tahfiz Al-Quran dan Sains


Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM


batu asas

BALING – Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Khairiah, Kupang, Baling mengorak langkah memenuhi kehendak semasa dengan menubuhkan Pusat Tahfiz Al-Quran dan Sains Yayasan Khairiah.
Pusat ini merupakan sebuah institusi ilmu berdimensi baru di bawah pengurusan dan pentadbiran SMA Yayasan Khairiah dan telah beroperasi sejak Januari 2010 dengan pengambilan pelajarnya seramai 30 pelajar lelaki.

Pengetua SMA Yayasan Khairiah, Abdul Rahman Yahya Taha berkata, Pusat Tahfiz Al-Quran dan Sains ini merupakan aliran dan cabang pengajian baru yang menggabungkan dua dimensi ilmu yang berbeza bakal melahirkan golongan huffaz Al-Quran yang professional serta saintis yang berjiwa Al-Quran.

“Jika dahulu pelajar yang datang belajar di sini apabila keluar jadi pegawai agama, tetapi kini pelajar-pelajar ini bukan sahaja jadi pegawai agama, malah mereka ini akan jadi jurutera atau doktor dan juga ulamak dalam bidang syariah, aqidah dan ilmu-ilmu perubatan.

“Ini merupakan pelaburan yang baik, kita buka Kolej Universiti Insaniah, maka inilah calon-calonnya nanti yang akan mengambil bidang-bidang perubatan di Insaniah,” ujar beliau pada Majlis Peletakan Batu Asas Makmal Ma’ahad tahfiz Sains Yayasan Khairiah.

Pelajar pusat ini ditempatkan di kompleks yayasan yang merupakan tanah wakaf seorang penduduk yang budiman.

Namun, pusat ini masih kekurangan makmal sains bagi kemudahan pelajar. Atas ehsan orang ramai, SMA Yayasan Khairiah telah berjaya mengutip sebanyak RM2.5 juta bagi tujuan pembinaan makmal tersebut.

SMA Yayasan Khairiah telah dianugerahkan sekolah agama terbaik di Kedah selama tiga tahun berturut-turut dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia.

No comments: